1. Sedia hadapi kenaikan harga barang

Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MICCI), Datuk Jalilah Baba meminta pengguna agar bersedia berhadapan dengan kenaikan harga barangan. Menurut beliau, perkara ini adalah perkara biasa yang berlaku di seluruh dunia buat masa sekarang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Pada saya, perubahan yang akan berlaku sama ada harga naik atau turun akan memberi kesan kepada pengguna. Pengguna harus bersedia menghadapi keadaan ini sebab inilah keadaan yang berlaku di serata dunia.Di Malaysia, apabila harga bahas asas atau komoditi seperti petroleum naik, harga barangan runcit akan naik tetapi tidak sebaliknya dan ini satu tabiat yang tidak patut berlaku,” katanya.

Dalam pada masa yang sama beliau juga meminta perucit supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan di atas peningkatan harga minyak.

Sumber laporan

2. Menteri Besar Johor didesak perjelas status 3,000 rumah

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin didesak Amanah Johor untuk memberi penjelasan berhubung pecahan mengikut jenis rumah dan harga ke atas 3,000 unit rumah yang diluluskan pertukaran statusnya sejak 2013.

Menurut Timbalan Pengerusi Amanah Johor, Dzulkefly Ahmad, langkah ini diambil bagi memastikan ketelusan pentadbiran kerajaan Johor dalam mentadbir negeri itu.

“Saya merasakan Mohamed Khaled terlepas pandang isu utama yang dibangkitkan oleh rakyat dan parti pembangkang berhubung dengan isu rasuah hartanah yang berlaku sekarang ini.

“Isu utama adalah menyatakan penukaran status tidak melibatkan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) yang berharga RM150,000 ke bawah. Saya rasa rakyat Johor tidaklah terlalu naif dan maklum tentang perkara ini. Isunya adalah bila Mohamed Khaled menyatakan penukaran status itu hanya melibatkan ‘Rumah Mewah’ sahaja adalah mengelirukan,” katanya.

Sumber laporan

3. Rogol adik angkat kena penjara 8 tahun dan 3 sebatan

Seorang bekas penuntut GiatMara berusia 23 tahun hari ini berhadapan dengan hukuman penjara selama 8 tahun dan 3 sebatan di atas kesalahan merogol adik angkatnya yang ketika itu masih di bawah umur pada 5 tahun dahulu.

Hukuman diputuskan secara sebulat suara oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan ketika membenarkan rayuan akhir pendakwa raya yang tidak berpuas hati dengan perintah pembebasan terhadapnya.

Sumber laporan

4. Rekod Zaidatul Husniah tidak diiktiraf kerana terima bantuan angin

Pelari pecut wanita negara, Zaidatul Husniah yang berjaya mencipta rekod baru buat negara dengan catatan 11.35 saat bagaimanapun tidak diikitraf kerana faktor mendapat bantuan angin +2.5 saat iaitu had yang melebihi ukuran yang ditetapkan.

Menurut olahraga antarabangsa, catatan masa yang menerima bantuan angin yang diluluskan hanyalah sebanyak +2s ke bawah sahaja.

Vocket

5. Duta Besar Korea Utara diminta pulang ke negara asal

Duta Besar Korea Utara, Kang Chol tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk pulang ke negaranya selepas diklasifikasikan sebagai persona non grata (individu yang tidak dihargai) oleh Kerajaan Malaysia.

Beliau tiba di KLIA pada pukul 4.40 petang selepas diberikan tempoh selama 48 jam untuk keluar dari Malaysia dan tempoh tersebut berakhir pada pukul 6 petang hari ini.

Kang Chol menaiki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH360 ke Beijing, China pada pukul 6.25 petang bersama dengan isteri dan seorang cucu perempuan.

Sabtu lalu, Malaysia mengambil tindakan tegas dengan mengisytiharkan Duta Besar Korea Utara, Kang Chol sebagai persona non grata dan mengarahkan pegawai berkenaan meninggalkan negara ini dalam tempoh 48 jam.

Keputusan itu dibuat melalui satu Nota Diplomatik yang dihantar kepada Kedutaan Besar Korea Utara selepas Kang Chol dan pegawai kanan dari kedutaan itu tidak hadir untuk bertemu Timbalan Ketua Setiausaha Hubungan Dua Hala Kementerian Luar, Raja Nushir­wan Zainal Abidin di Wisma Putra, Putrajaya.

– K! ONLINE