1. Malaysia VS Korea Utara: PM jamin lakukan yang terbaik buat rakyat

Krisis tegang di antara Malaysia dan Korea Utara kini menjadi perbualan yang hangat dibincangkan di seluruh dunia. Selepas Malaysia mendesak duta besar negara tersebut meninggalkan Malaysia, kini giliran mereka pula membuat tindakan kasar dengan menyekat rakyat Malaysia yang berada di negara itu daripada pulang ke tanah air.

Sehubungan itu, Perdana Menteri Malaysia,  Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan khasnya kepada rakyat Malaysia yang berada di Korea Utara dengan memastikan keselamatan mereka terjamin dan semunya selamat kembali ke Malaysia.

Sumber laporan

2. Kastam keluarkan 37,556 kompaun atas kesalahan berkaitan Cukai Barang

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengeluarkan 37,556 kompaun atas kesalahan berkaitan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi tempoh 1 April 2015 sehingga 17 Feb tahun ini, kata Kementerian Kewangan.

Kementerian itu berkata, kompaun berkenaan termasuk bagi kesalahan berkaitan kegagalan mempamerkan harga barangan, termasuk bayaran GST yang dikenakan, dan kegagalan menghantar penyata dan membuat bayaran GST.

Kompaun lain termasuk kesalahan berkaitan invois cukai dan berkaitan pendaftaran GST, kata Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulis pada persidangan Dewan Rakyat hari ini bagi menjawab soalan Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang bertanyakan jumlah syarikat dan pertubuhan yang melaksanakan GST dan jumlah syarikat yang dikompaun.

Kementerian berkata, Johor mencatatkan bilangan kompaun tertinggi dengan 8,104, diikuti Wilayah Persekutuan (5,036) dan Selangor (4,707). Sementara itu, Kementerian Kewangan berkata, sehingga 21 Februari lepas, 435,809 entiti berdaftar GST dengan JKDM.

Bernama

3. Laporan akhir MH370 tahun depan

Kehilangan pesawat MH370 masih lagi belum menerima apa-apa penjelasan daripada pihak kerajaan. Berhubung kes ini, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, laporan akhir berkaitan operasi pencarian pesawat ini akan dikeluarkan pada 17 Januari tahun depan.

Menrutnya, jika terdapat berita baharu, misi pencarian ini akan disambung semula. Dalam pada itu, beliau turut menyatakan bahawa kerajaan telah membelanjakan sekitar RM456 juta untuk operasi pencarian itu.

Sumber laporan

4. Buat rayuan jika belum dapat BR1M

Dilaporkan, kebanyakkan pemohon Bantuan Rakyat 1 Malaysia yang memiliki lesen Suruhanjaya Syarikat Malaysia gagal menerima bantuan tersebut. Ini adalah langkah yang diambil oleh pihak kerajaan agar bantuan itu sampai tepat kepada mereka yang memerlukan sahaja.

Jika anda layak untuk menerima BR1M tetapi permohonan gagal, anda masih boleh membuat rayuan di semua Cawangan LHDN mulai 3 April hingga 31 Mei tahun ini.

Sumber laporan

5. Polis rampas peluru, bom asap dan pistol berbentuk pen

Dalam satu serbuan bertempat di Kuala Krai, Kelantan, polis berjaya merampas 3 butir peluru, bom asap dan sepucuk pistol berbentuk seperti pen. Senjata api tersebut ditemui di dalam beg dipercayai milik seorang lelaki berusia 30an.

Ketua Polis negeri, Datuk Dr. Ab. Rahman Ismail berkata, pistol berbentuk pen itu mampu membunuh jika digunakan dalam jarak yang dekat. Siasatan lanjut masih dijalankan mengenai kes ini dan suspek menpunyai enam rekod jenayah lampau serta baru sahaja dibebaskan dari penjara kira-kira sebulan lalu atas kesalahan senjata api.

Sumber laporan