1. Jadi usahawan herba seawal 15 tahun

Miliki perniagaan sendiri seawal usia 15 tahun, Ku Myra Madihah mungkin usahawan paling muda yang pernah anda tahu. Beliau merupakan pelajar di Sekolah Antarabangsa Seven Skies di Kota Damansara dan juga pemilik kepada syarikat Just Herbs.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Semenjak syarikat itu mula beroperasi pada september tahun lepas, Ku Myrah Madihah sudah menjual pokok herba di dalam pasu dan polibeg pelbagai saiz bernilai RM800 dan yakin perniagaannya akan berkembang maju.

“Ramai orang melihat iklan saya di media sosial dan kebanyakan pelanggan saya berkata mereka gembira dengan produk dan tip yang saya berikan tentang penanaman herba. Saya percaya mereka akan memberitahu orang ramai mengenai saya,” katanya.

Bernama

2. Najib seru rakyat Malaysia bersatu

Susulan berita gempar membabitkan Korea Utara yang sedang hangat sekarang ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru seluruh rakyat, kepimpinan kerajaan serta pembangkang bersatu memberikan sokongan penuh terhadap segala usaha yang sedang dijalankan bagi menyelesaikan isu ini.

Menerusi kenyataan yang ditulis oleh beliau di Facebook menjelaskan, sekiranya seluruh masyarakat bersatu-padu ketika menghadapi sebarang masalah atau ancaman, musuh dari luar tidak akan mampu meruntuhkan segala yang dibina di negara ini.

“Kekuatan sesebuah negara boleh diukur dengan melihat kepada kebersatuan rakyat ketika menghadapi krisis atau ancaman dari luar.

Sumber laporan

3. Rogol anak tiri terima hukuman penjara 13 tahun dan 10 sebatan

Seorang lelaki tergamak merogol anak tirinya didalam ladang kelapa sawit semasa dalam perjalanan menghantar mangsa ke rumah rakan untuk ulang kaji pelajaran dijatuhi hukuman 13 tahun penjara dan 10 sebatan.

Kejadian berlaku di Ladang Kelapa Sawit Pahi, Kuala Krai, tertuduh berusia 37 tahun manakala mangsa berusia 15 tahun ketika itu. Kes berlaku pada antara jam 10 dan 10.30 malam, 6 Mac tahun lalu.

Sumber laporan

4. Bekas anggota TLDM ditemui mati dibunuh

LUMUT : Seorang bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ditemui mati dipercayai dibunuh di Jalan Kampung Cina, Taman Seri Mawar, Sitiawan dekat sini pagi tadi. Dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu, mayat mangsa, Mohd. Supiah Md. Samat, 34, ditemui orang awam yang melalui kawasan tersebut dalam keadaan terbaring berlumuran darah di dalam kawasan semak berhampiran jalan.

Turut ditemui motosikal mangsa kira-kira tujuh meter dari tempat mayat dijumpai. Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Tengku Mohd. Zailan Tengku Ahmad Shah berkata, pemeriksaan yang dibuat ke atas mangsa mendapati terdapat kesan luka di leher dipercayai dikelar menggunakan senjata tajam.

Bagaimanapun, menurutnya, polis tidak menemui sebarang senjata atau objek tajam di tempat kejadian yang digunakan suspek dipercayai secara berkumpulan untuk melakukan jenayah tersebut.

K! Online

5. Xiaomi Redmi Note 4 Sudah dijual hari ini

Peminat smartphone jenama Xiaomi kini boleh mendapatkan telefon pintar model Redmi Note 4 dengan anggaran harga RM1000,00 ke bawah. Penjualan model itu sudah pun memasuki pasaran Malaysia hari ini.

Menurut editor kami, untuk pasaran tempatan, cuma satu versi sahaja yang ditawarkan iaitu dengan penggunaan processor Snapdragon 625, 3GB RAM dan 32 GB ruang storan.

– Berita penuh