1. Mati dipukul kerana curi kasut Adidas RM200

Peristiwa tragis berlaku di Seremban, seorang abang yang secara tidak sengaja melihat di depan mata adiknya dipukul oleh sekumpulan lelaki. Kejadian berlaku kerana mangsa dipercayai mencuri kasut jenama Adidas bernilai RM200. Mangsa terus dikejarkan ke hospital, namun semasa di hospital doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam kejadian ini, polis menahan empat lelaki berusia 30 hingga 34 tahun iaitu pemilik kedai, dua pekerja kedai termasuk abang mangsa sendiri. Abang mangsa turut ditahan berikutan terdapat saksi polis nampak dia turut menendang mangsa. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Bernama

2. Lelongan baju Allahyarham Haron Din capai RM3,500

Baju Melayu berwarna hijau milik bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Dr Haron Din mencapai harga RM3,500 ketika dilelong dalam satu acara Makan Malam dan Dialog Politik bersama Datuk Seri Abdul Hadi Awang tentang masa depas PAS dan PRU 14 pada sabtu lepas.

Untuk itu, dana yang diperoleh daripada jualan tersebut akan digunakan bagi tujuan kempen Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

Sumber laporan

3. Zakir Naik tidak mahu berdebat dengan orang Islam

Berikutan isu Zakir Naik dan Siti Kassim yang viral ketika ini, Zakir Naik dalam satu pertemuan bersama portal tempatan menjelaskan bahawa beliau tidak akan berdebat dengan mana-mana orang Islam termasuk di Malaysia.

“Saya boleh berdebat, tetapi bukan dengan orang Islam. Saya sedia berdebat dengan orang bukan Islam atau orang Islam yang jelas munafik.Ramai mahu berdebat dengan saya, tetapi saya tegaskan prinsip saya adalah tidak akan berdebat dengan orang Islam”, katanya.

Sumber laporan

4. Kerjaan akan jejak ‘Jutawan Senyap’

Pengurusan kerajaan yang lemah dalam mengenal pasti pendapatan diperolehi terutama oleh golongan peniaga ‘shadow economy’ (jutawan senyap) menyebabkan kerajaan mencatatkan perolehan rendah dalam negara ini. Ketua Penerangan Pemuda Pas Kedah, Nurul Amin Abdul Hamid mendakwa, kelemahan tersebut mengakibatkan kerajaan bertindak mengenakan pelbagai cukai yang seterusnya menghimpit kehidupan rakyat.

“Kerajaan masih tidak mempunyai mekanisme bersepadu dalam menangani golongan peniaga ini. Kesan dari itu, kerajaan mengenakan percukaian ke atas semua rakyat atau mengetatkan prosedur kepada rakyat atau peniaga berpendapatan rendah sebagaimana Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan isu Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dari kalangan pemohon Bantuan Rakyat 1Malasysia (BR1M) baru-baru ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kerajaan sepatutnya mengambil langkah mengetatkan dan menguatkuasakan undang-undang dalam agensi berkaitan untuk mengesan golongan jutawan senyap di negara ini.

Sumber laporan

5. PM rasmi pecah tanah di hospital di Bachok

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan Majlis Pecah Tanah Hospital Bachok yang bernilai RM140 juta di sini.

Projek di atas tapak seluas 20 hektar di Kampung Bator, Jelawat di sini bermula sejak September tahun lalu dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun iaitu menjelang September 2019. Pada peringkat permulaan, Hospital Bachok dijadual akan beroperasi dengan 76 katil dan bakal memberi manfaat kepada kira-kira 800,000 penduduk di sekitar Bachok, Pasir Puteh dan Kota Bharu.

Ketika berucap, Perdana Menteri berkata, pembinaan Hospital Bachok merupakan bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa memastikan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat berada pada tahap terbaik. Katanya, walaupun Kelantan ditadbir pembangkang, perkhidmatan kesihatan negeri ini tetap setaraf dengan perkhidmatan sama di negeri-negeri lain.

K! Online