1. Raja Bomoh Malaysia buat hal lagi

Sebelum ini Ibrahim Mat Zin atau lebih popular dikenali dengan gelaran Raja Bomoh pernah mencetus kontroversi dan dikecam netizen apabila menggunakan buah kelapa sebagai alat dalam aktiviti ritual beliau dalam misi mencari MH370. Kali ini beliau sekali lagi tampil dengan adengan yang sama cuma kali ini beliau menambah ‘meriam buluh’ sebagai peralatan ghaib yang digunakan untuk menyerang Korea Utara.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Oleh kerana sudah bosan dengan drama politik yang semakin tidak berkualiti, Ayahnda Rani Kulup dalam satu petikan berkata “Apa yang dibuat Raja Bomoh itu hanya gimik, dia hanya mahu menarik perhatian masyarakat agar sensitif dengan isu Korea Utara.” dan apa yang paling penting adalah doa seluruh rakyat Malaysia untuk memastikan negara sentiasa aman dan isu kedua-dua negara ini dapat diselesaikan segera.

Sumber laporan

2. Penyamun warga emas kena penjara 5 tahun

TELUK INTAN – Akibat menyamun RM150 dengan mengacu pisau pada perut seorang warga emas berusia 81 tahun, seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Hakim Norita Mohd Ardani menjatuhkan hukuman tersebut terhadap N.Tamilselvan, 37, dari Hutan Melintang selepas dia mengaku bersalah menyamun Yahaya Ismail di tandas Stesen Minyak Petron Hutan Melintang pada 4.30 petang, 6 Mac lalu.Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap 7 Mac.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amirul Ashraf Abdul Rashid manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Bernama

3. Isu Rohingya, tutup kedutaan Myanmar

Menurut Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, cadangan menutup kedutaan Myanmar di Malaysia akan membantutkan usaha Malaysia dalam membantu masalah tersebut. Sekiranya langkah itu diambil, ia akan menghalang Malaysia daripada mendapatkan serta mengesahkan kesahihan maklumat mengenai isu Rohingya di Myanmar.

“Sebaliknya, Malaysia perlu terus mengekalkan hubungan dua hala yang konstruktif dengan Myanmar sejajar dengan semangat solidariti Asean agar satu penyelesaian lebih tuntas kepada isu Rohingya dapat dicapai” katanya.

Sumber laporan

4. Virus H5N1 hanya pada ayam kampung

Penyakit selsema burung H5N1 yang dilaporkan di sekitar Kampung Pulau Tebu, Tunjong, Kota Bharu di Kelantan hanya terhad kepada ternakan ayam kampung sahaja dan bukannya ayam komersial. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, 70 peratus ayam daging di Kelantan dibawa masuk dari negeri yang bebas penyakit.

Menurutnya, baki 30 peratus bekalan dalaman pula diternak di ladang yang berada lebih 24 kilometer dari tempat kejadian.

“Ini bermakna ia selamat untuk dimakan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada 118 warga kementeriannya di Wisma Tani di sini hari ini.

Bagi bekalan telur pula, katanya, 100 peratus bekalannya dibawa masuk dari luar Kelantan dan selamat dimakan.

Bernama

5. Restoran Nasi Kandar Line Clear ditutup kerana najis tikus

Restoran popular Nasi Kandar Line Clear di Jalan Penang di sini diarah tutup selama dua minggu selepas pemeriksaan Jabatan Kesihatan negeri  mendapati terdapat najis tikus di dapur premis berkenaan.

Arahan itu dikeluarkan selepas beberapa pegawainya membuat pemeriksaan di restoran berkenaan serta beberapa buah restoran lain di sekitar Georgetown pagi ini.

Sumber laporan