1. Kenaikan kadar faedah AS faktor terbesar penyusutan ringgit

Menurut kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Kenaikan kadar faedah di Amerika Syarikat menjadi faktor terbesar kepada penyusutan nilai ringgit pada ketika ini. Beliau yang juga Menteri Kewangan mengakui sentimen jangkaan kenaikan kadar faedah Simpanan Persekutuan Amerika Syarikat pada tahun ini turut memberi impak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Faktor yang terbesar sekali ialah jangkaan kenaikan kadar faedah di Amerika Syarikat. Seperti mana yang kita tahu baru-baru ini Simpanan Persekutuan AS telah pun menaikkan kadar faedah dengan 25 mata asas dan dijangka akan dinaikkan lagi pada tahun ini,” katanya

Sumber laporan

2. Andy Law terima RM45.73 juta dari pihak insurans

Pelakon terkenal membintangi filem The Great Wall, Andy Law menerima bayaran sebanyak HK$80 juta (RM45.73 juta) daripada syarikat insurans sebagai pampasan akibat kecederaan elepas terjatuh kuda ketika menjalani penggambaran sebuah iklan komersial di Thailand pada 17 Januari lalu.

Daripada jumlah itu, Andy yang kini tidak dapat bekerja dibayar RM195,000 sehari berdasarkan 51 hari dia dimasukkan ke hospital dan tempoh enam bulan untuk pemulihan.

Sumber laporan

3. Kena penjara 3 tahun kerana curi jubah dan tudung

Gara-gara mencuri jubah dan tudung di sebuah kedai di Kuala Lumpur, seorang penganggur dihukum penjara tiga hari dan denda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini. Tertuduh mengaku bersalah mencuri dua helai jubah dan sehelai tudung bernilai RM90.40 di Kedai Muaz Textiles, Jalan Melayu di sini, pada 1.30 petang, 17 Mac lepas.

Mahkamah memerintahkan hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 17 Mac dan tertuduh akan dipenjara sebulan lagi jika gagal membayar denda. Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda, dan bagi kesalahan kali kedua atau seterusnya hendaklah diseksa dengan penjara dan boleh juga dikenakan denda atau sebat.

Bernama

4. Malaysia import makanan RM17 bilion setiap tahun, peluang untuk orang muda

Rakyat khususnya golongan muda perlu merebut peluang dalam industri makanan global kerana perbelanjaan import makanan negara ini mencecah RM17 bilion setiap tahun. Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Tan Sri Badruddin Amiruldin berkata, sekiranya negara menerusi usahawan makanan, peladang serta petani moden mampu mengurangkan kadar import sekurang-kurangnya RM5 bilion sudah mencukupi.

“Petani moden dan usahawan tempatan perlu merebut peluang ini bagi mengurangkan import dan menambah pengeluaran dalam negara. Peluang itu sedia terbuka, tidak perlu bergelut dan persaingan yang sengit kerana nilai RM17 bilion itu cukup besar.” katanya.

Sumber laporan

5. Penipu besar menyamar sebagai Pegawai Eksekutif Tabung Haji

Polis menahan seroang lelaki yang disyaki melakukan penipuan dengan menawarkan jualan kenderaan lelong dan pakej haji dengan harga murah, dalam serbuan di sebuah hotel di kawasan Perai dekat sini. Lelaki berusia 47 tahun itu dipercayai bergerak secara sendirian sejak tujuh tahun lepas dengan menyamar sebagai pegawai atasan Jabatan Pengangkutan Jalan dan Pegawai Eksekutif Tabung Haji.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Anuar Omar berkata lelaki yang ditahan dalam serbuan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Barat Daya pada jam 5 petang 16 Mac lepas itu mempunyai 17 rekod jenayah.

Beliau berkata 49 mangsa yang berumur antara 30 dan 60 tahun telah ditipu dalam kes penipuan yang membabitkan kerugian sebanyak RM717,318. Orang ramai dinasihati supaya berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan individu yang mengaku sebagai pegawai atasan dan menawarkan pelbagai pakej dengan harga murah.

Bernama