1. Sultan Ibrahim perkenalkan skim rumah mampu milik sebagai hadiah untuk bangsa johor

Kejutakan untuk rakyat johor apabila Sultan kesayangan ramai, Sultan Ibrahim mengumumkan skim rumah mampu milik buat rakyatnya. Sebagai tanda prihatin dan kasih sayang kepada rakyatnya itu, Sultan Ibrahim bertitah projek hakmilik bebas unik ini akan dibangunkan di bawah naungan Yayasan Sultan Ibrahim dengan kerjasama Bank Rakyat, menawarkan konsep hartanah kediaman yang berlainan, rumah kedai dan lain-lain unit komersil.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lebih istimewa, pengumuman tentang projek Rumah Impian Sultan Ibrahim itu dibuat sempena menyambut hari ulang tahun keputeraan baginda yang ke-59.

“Fasa pertama, saya hendak buat dalam 600 unit termasuk banglo dan rumah berkembar (semi-D). Rumah atas tanah. Mana ada banglo yang boleh bawah RM100,000 dan semi-D. Bayangkan memiliki sebuah banglo tiga bilik atau rumah berkembar dengan harga bawah RM100,000 seunit. Ia dibuka kepada semua Bangsa Johor yang layak,” titah baginda yang turut menyentuh tentang konsep pewayaran dan pengkabelan elektrik bawah tanah.

Sumber laporan

2. Terima hukuman kerana hina Perdana Menteri di laman sosial

Hew Kuan Yau selaku bekas ketua DAP direman 4 hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes menghina Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak di laman sosial. Perintah itu dikeluarkan Majistret Ahmad Farid Ahmad Kamal selepas membenarkan permohonan polis untuk menahan reman Hew bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dijalankan.

Hew didakwa membuat kenyataan tersebut dengan memuat naik poster parodi filem animasi Walt Disney, ‘Beauty and the Beast‘ yang disertakan dengan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta isteri, Datin Seri Rosmah Mansor pada 13 Mac.

Bernama

3. SKMM beri amaran kepada individu yang cuba sabotaj ekonomi negara dengan menyebar berita palsu di media sosial

Timbalan Menteri Komunikasi dan Mutimedia Datuk Jailani Johari memberi amaran kepada semua pihak termasuk pemimpin pembangkang dan diminta menghentikan cubaan mensabotaj ekonomi negara dengan mensensasikan maklumat palsu menerusi media sosial untuk mengelirukan rakyat.

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu bahawa tindakan kelompok yang tidak bertanggungjawab itu sentiasa dipantau Suruhanjaya Komunikasi dan Mutimedia Malaysia (SKMM) dan mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang.

– Bernama

4. LIMA 17

Perbelanjaan pertahanan Malaysia akan terus meningkat selepas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memulakan pelan jangka panjang untuk memodenkan dan menaik taraf peralatan mereka, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.Perdana Menteri berkata, RM26 bilion diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RM11) untuk meningkatkan pertahanan, ketenteraman awam dan penguatkuasaan.

“LIMA ’17 telah menghimpunkan firma aeroangkasa dan maritim dari seluruh dunia untuk mempromosikan teknologi terkini mereka,” katanya.

Selain itu, Perdana Menteri turut berkata, penganjuran LIMA adalah seiring dengan keperluan untuk melengkapkan ATM dengan keupayaan untuk menghadapi peperangan moden.

Sumber laporan

5. Peruntukkan RM100 Juta untuk bantu pelajar miskin di seluruh negara

Kementerian Pendidikan memperuntukkan RM100 juta untuk membantu lebih sejuta pelajar miskin dan miskin tegar di seluruh negara. Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan berkata, peruntukan itu disediakan melalui Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin.

Bagaimanapun, beliau tidak menghuraikan bentuk bantuan dan tempoh bantuan yang diberikan kepada 1,061,381 pelajar miskin dan miskin tegar itu. Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Budiman Mohd. Zohdi (BN-Sungai Besar) di Dewan Rakyat hari ini.

Mengenai perkara lain, Kamalanathan berkata 1,216 buah sekolah di seluruh negara telah melaksanakan Program Dwibahasa (DLP) setakat ini.

Menjawab soalan Datuk Mohd. Idris Jusi (PKR-Batu Pahat), beliau berkata, ia meliputi 587 sekolah rendah dan 629 sekolah menengah dan menambah kata program itu dilaksanakan berdasarkan pilihan ibu bapa dan kesediaan pihak sekolah.

Bernama