1. Tiada lagi suntikan Botox

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan amaran kepada semua pusat atau salon kecantikkan di negara ini supaya tidak menyediakan khidmat suntikan Botox kerana produk itu di luar bidang kawalan mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata prosedur kecantikan itu telah diklasifikasikan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan sebagai sejenis ubat dan penggunaannya perlu dikendalikan pengamal perubatan berdaftar yang terlatih.

Bernama

2. Samseng minta wang perlindungan dari Peniaga pasar pagi

Bukan lagi drama atau cerita di kaca televisyen, kes peras ugut dan samseng benar-benar berlaku di Malaysia. Laporan tempatan hari ini mendedahkan peniaga pasar pagi di Taman Kinrara Seksyen 1 diugut dengan meminta wang perlindungan sebanyak RM10 atau barang jualan mereka bakal dirosakkan.

Sumber laporan

3. Pamandu treler wanita jadi viral di media sosial

“Pandu treler tak bahaya, sama macam pandu kereta biasa”, itulah diucapkan oleh Rokiah Salim, pemandu treler wanita yang juga merupakan ibu tunggal berusia 51 tahun. Mungkin agak jarang melihat wanita terlibat dengan kerjaya seperti ini, Rokiah Salim mula mendapat perhatian dikalangan netizen selepas ceritanya disiarkan dalam satu protal tempatan.

Apa yang lebih menarik, beliau mengakui berjaya menjana pendapat sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan dan boleh mencecah sehingga RM7,000 sebulan. Ibu kepada dua anak lelaki itu berkata, kerjaya sebagai pemandu treler mudah kerana waktu kerja fleksibel serta menawarkan pendapatan lumayan.

Sumber laporan

4. Kes Jong Nam, Malaysia bertindak adil

Malaysia bertindak secara adil dan wajar dalam menangani kes pembunuhan Kim Jong-nam, kata Speaker Dewan Kebangsaan Korea Selatan Chung Sye-kyun. Beliau juga menyuarakan keyakinan bahawa kerajaan Malaysia akan terus berlaku adil dan bersikap wajar berhubung pendirian negara ini tentang isu itu.

Bercakap kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia di bangunan Parlimen di sini hari ini, Sye-kyun berkata perkara paling penting sekarang kepulangan sembilan rakyat Malaysia yang kini terkandas di Pyongyang setelah mereka dihalang daripada meninggalkan Korea Utara.

“Mereka berhak untuk pulang ke tanah air mereka dan saya berpendapat ia akan berlaku dalam tempoh terdekat,” katanya.

Berikutan tindakan Korea Utara menyekat rakyat Malaysia daripada meninggalkan negara itu, Malaysia bertindak balas dengan tidak membenarkan rakyat Korea Utara yang berada di Malaysia meninggalkan negara ini

Bernama

5. Bangsa Johor berebut dapatkan skim rumah mampu milik

via: Youtube

Selepas pengumaman tawaran tersebut dibuat, ratusan rakyat Johor berasak di Galleria Kota Raya, Johor Bahru bagi merebut peluang mendapatkan borang permohonan pendaftaran skim perumahan mampu milik yang diumumkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar semalam.

Ada diantara mereka yang tiba di pusat beli-belah berkenaan seawal jam 5 pagi tadi dengan harapan untuk memiliki sebuah banglo tiga bilik atau rumah berkembar dengan harga bawah RM100,000 seunit

Sumber laporan