1. Kerajaan akan lancar pelan fiber seluruh Malaysia

Kerajaan akan melancarkan Pelan Fiber Seluruh Negara (2017-2019) bagi memantapkan infrastruktur jalur lebar berkelajuan tinggi di negara ini. Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata pelaksanaan pelan itu yang bermula tahun ini, telah diluluskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Pelan ini dihasratkan untuk memastikan sasaran kelajuan jalur lebar dua kali ganda boleh dicapai,” katanya.

Rangkaian fiber di bawah pelan itu akan menghubungkan kira-kira enam juta premis termasuk kira-kira dua juta di kawasan luar bandar.

Bernama

2. Polis patah cubaan anggota Daesh serang balai polis

Polis mengesahkan telah berjaya mematahkan cubaan serangan daripada anggota kumpulan pengganas Daesh ke atas balai polis di Tapah, Perak. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika mengesahkan perkara tersebut berkata, penahanan suspek dibuat oleh Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 17 Mac lalu.

Menurut Khalid lagi, suspek tersebut adalah antara sembilan suspek yang turut ditahan polis selepas disyaki terlibat dengan aktiviti kumpulan pengganas Daesh.

“Suspek berusia 31 tahun bekerja sebagai pembantu kedai makan telah merancang untuk melancarkan serangan ke atas balai polis di Tapah, Perak.

Sumber laporan

3. Kajian dapati rakyat Malaysia gembira dengan BR1M dan tidak menganggapnya rasuah

Dalam tinjauan seluruh negara yang dibuat oleh sebuah syarikat penyelidikan baru-baru ini mendapati majoriti rakyat Malaysia menghargai usaha kerajaan menyediakan subsidi menerusi BR1M dan tidak menggangap ia satu bentuk rasuah.

Tinjaun ini dijalankan oleh Kajidata Research Sdn Bhd terhadap 1,031 penerima dan bukan penerima BR1M di bawah penyeliaan Profesor Datuk Syed Arabi Idid. Hasil daripada itu, ia mendapati 68.7 peratus daripada responden menerima baik BR1M dengan 63.9 peratus daripada mereka menolak pandangan bahawa ia adalah satu bentuk rasuah.

Berita penuh

4. Pasangan suami isteri terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah

Polis menahan sepasang suami isteri berusia lingkungan 50-an di sebuah medan selera di sini pada Isnin lalu kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah di sekitar daerah ini sejak empat bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Haslah Bachok berkata, pasangan suami isteri itu ditahan selepas polis menemui dadah jenis heroin, ganja dan methamphetamine dalam kereta mereka pada 20 Mac 2017.

Hasil tahanan itu, polis menemui jenis heroin seberat 237 gram, ganja (42.1 gram) dan methamphetamine (16.16 gram) dalam kereta Proton Wira milik pasangan suami isteri tersebut. Pemeriksaan polis turut menemui sebilah parang, pisau lipat dan pisau kecil dalam kenderaan berkenaan. Mereka dipercayai terlibat dalam pengedaran dadah di Kuala Pilah dan kawasan berhampiran.

Sumber laporan

5. KPDNKK sita komputer ‘cetak rompak’ bernilai RM64,000

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak rampas komputer dan ‘laptop’ mengandungi perisian cetak rompak bernilai RM64,000, di sini, kelmarin.

Timbalan Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Perak, Ahmad Ahrazzudin Ahmad Hamdan, berkata serbuan dilakukan selepas menerima aduan Gabungan Perisian Perniagaan (BSA). Katanya, serbuan pertama di premis yang menjalankan perniagaan rekaan dalaman di Taman Canning menemui tiga perisian salinan bernilai RM44,000 dalam komputer riba.

KPDNKK menyita komputer riba itu kerana menggunakan perisian salinan langgaran Office Enterprise 2007, Auto Cad 2012 dan 3DS Max Design 2014.

Sumber laporan