1. Polis kenal pasti suspek kes tembak ahli perniagaan wanita

Susulan kes melibatkan seorang ahli perniagaan wanita ditembak dengan 10 das tembakan oleh 2 orang suspek lelaki menaiki motosikal di jalan Bukit Gambir, berdekatan Taman Pekaka, bulan lepas, pihak polis Pulau Pinang dalam satu laporan berkata sudah berjaya mengenal pasti suspek tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Timbalan Ketua Polis negeri Datuk Roslee Chik berkata pihaknya sedang mengesan suspek berkenaan dan percaya kes itu akan dapat diselesaikan. Buat masa sekarang, motif pembunuhan masih belum diketahui.

Bernama

2. Senarai terbaharu barisan kepimpinan FAM

Untuk peminat bola sepak tanah air, ini adalah senarai barisan kepimpinan baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2017-2021 selepas pemilihan pada Kongres ke-53 FAM, hari ini.

Presiden:

1. Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim

Timbalan Presiden:

1. Datuk Seri Subahan Kamal
2. Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi

Naib Presiden:

1. Mohd Joehari Mohd Ayob
2. Datuk Ab. Ghani Hassan
3. Datuk S.Sivasundram
4. Datuk Rosmadi Ismail

Anggota Jawatankuasa Eksekutif:

1. Datuk Azisman Alias
2. Datuk Aminuddin Omar
3. Datuk Mohd Hisamudin Yahaya
4. Datuk Jefferey Low Han Chau
5. Christopher Raj
6. Supt. Mohd Dali Wahid
7. Mohd Firdaus Mohamed
8. Subkhiddin Mohd Salleh

Anggota FAM (Wanita):

1. Datuk Suraya Yaacob
2. Shafizah Umamah Abdul Mutalib

3. Taktik penyamun baring atas jalan raya kantoi

Taktik pasangan suami isteri baring di tepi jalan raya dan berpura-pura meminta tolong sebelum menyamun seorang mangsa membawa padah apabila dicekup penduduk kampung dalam kejadian di Kampung Bauto, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi, mangsa lelaki 30-an, yang dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Sandakan dikatakan melihat tiga suspek berusia 30 hingga 50 tahun termasuk pasangan terbabit berbaring di lokasi berkenaan.

Difahamkan, mangsa menurunkan cermin kereta untuk membantu tetapi suspek menarik tangan lalu merampas jam tangan miliknya.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan V Shivananthan berkata, mangsa yang turun dari kenderaan dipukul oleh suspek sebelum ditahan dengan bantuan penduduk kampung.

“Isteri suspek turut diberkas. Manakala seorang lagi rakan mereka melarikan diri.

Sumber laporan

4. 2 rakyat Malaysia yang diculik kumpulan Abu Sayyaf dijangka tiba besok

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan memberitahu, 2  daripada 5 rakyat Malaysia yang diculik kumpulan Abu Sayyaf di Filipina sejak Julai tahun lepas dijangka tiba di Kuala Lumpur esok tanpa mendedahkan tempat dan waktu mereka tiba dan mereka akan diambil keterangan berhubung kes berkenaan.

“Ketika ini mereka berada di Manila, Filipina bersama pihak berkuasa di sana dan akan tiba di Kuala Lumpur esok,” kata Khalid tanpa mahu mengulas lanjut.

Sumber laporan

5. 9 warga tempatan terlibat dengan kumpulan Daesh ditahan

Sembilan lelaki warga tempatan ditahan selepas disyaki terlibat dalam kegiatan militan Daesh menjadikan jumlah ke­seluruhan pengikut kumpulan itu yang diberkas Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman mencecah 294 orang.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, beberapa serbuan yang dijalankan sejak 15 hingga 21 Mac lalu berjaya menahan sembilan suspek berusia lingkungan 20 hingga 46 tahun di sekitar Selangor, Perak, Kedah, Kelantan dan Johor.

Suspek terbabit mengaku ter­libat dalam aktiviti penyaluran dana kepada Muhammad Wanndy Mohamed Jedi, rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan pengganas di Syria sejak tahun 2015.

Sumber laporan