1. Malaysia berusaha bawa pulang 3 lagi mangsa culik Abu Sayyaf

Selepas berjaya membawa pulang 2 daripada 5 mangsa culik kumpulan pengganas Filipina, Abu Sayyaf pada 18 Julai tahun lepas, kini pihak berkuasa Malaysia sedang berusaha membawa pulang 3 lagi mangsa kembali ke tanah air.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Wan Abd Bari Wan Abd Khalid berkata ketiga-tiga mangsa itu Jumadil Rahim, 24, Mohd Ridzuan Ismail, 33, dan Fandy Bakran, 27.

Bernama

2. ” Kami diseksa seperti hamba abdi ” Luahan mangsa culik

Mangsa culik kumplan pengganas Abu Sayyaf menceritakan kembali detik-detik cemas ketika berada dalam tahanan kumpulan jahat tersebut. Tonton video di bawah ketika beliau ditemui di kediaman Perdana Menteri.

Sumber laporan

3. JPV sahkan telur dan ayam daging di pasaran selamat bebas H5N1

Susulan virus H5N1 yang menjadi kebimbangan pengguna seluruh negara, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) menjelaskan telur dan ayam pedaging yang dikeluarkan oleh penternak di negeri bebas daripada virus tersebut.

Sehubungan itu, telur dan daging ayam di pasaran adalah selamat dimakan, menurut JPV dalam kenyataan hari ini.

Sumber laporan

4. Pelajar lelaki tingkatan 4 jual Syabu

KUCHING – Usia baru 16 tahun tetapi sudah buat jenayah mengedar dadah. Itulah kisah seorang pelajar lelaki tingkatan empat di sebuah sekolah menengah di sini yang ditangkap bersama 224 gram dadah jenis syabu.

Remaja itu diberkas di sebuah rumah kosong di Jalan Astana di sini pada pukul 3 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, serbuan di rumah yang disyaki dijadikan markas membungkus sebelum mengedar dadah itu dilakukan hasil risikan dan maklumat awam.

Sumber laporan

5. Guru ‘anti kerajaan’ dinasihatkan berhenti daripada perkhidmatan

Guru yang aktif dalam mempromosi pembangkang dan asyik memburukkan kerajaan dinasihatkan berhenti daripada perkhidmatan.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, setiap kakitangan awam sepatutnya sedar bahawa mereka terikat de­ngan peraturan yang ditetapkan dalam Perintah Am dan tindakan mengkritik hingga berbaur fitnah tidak sepatutnya berlaku

Sumber laporan