1. AirAsia dan AirAsia X tawar promosi selama 3 hari

Buat anda yang ingin memburu tiket penerbangan murah, pihak AirAsia dan AirAsia X kini sedang menawarkan promosi ke semua destinasi bermula dari RM499 sahaja. Kempen promosi ini berlangsung selama 3 hari bermula hari ini sah sehingga 2 April.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Airasia.com

2. Mangsa banjir di Melaka semakin meningkat

Biarpun hujan telah berhenti sejak semalam, namun jumlah mangsa banjir terus meningkat daripada 54 orang petang semalam, kepada 210 orang mangsa di daerah Alor Gajah pada hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurus Bencana Negeri, Leftenan Kol (PA) Effendy Ali, berkata, jumlah itu melibatkan 30 keluarga dari dua buah Dun termasuk Dun Rembia dan Dun Durian Tunggal dengan penambahan tiga lagi Pusat Pemindahan Bencana dibuka iaitu di Balai Raya dan Masjid Kampung Panchor, Durian Tunggal, Bilik Bacaan Taman Sri Bayu 2 dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Petai yang telah dibuka sejak semalam.

Sumber laporan

3. Mati ketika mandi di Pulau Perhentian

Niat seorang remaja untuk menghabiskan percutian hujung minggu bersama lapan rakannya berakhir tragedi apabila dia lemas ketika sedang mandi di Pulau Perhentian Kecil petang semalam.

Menurut laporan, mangsa berasal dari Kampung Bukit Kuang, Kemaman datang ke pulau tersebut dan menginap di sebuah chalet di Pasir Panjang. Lemas adalah punca kematian.

Bernama

4. 9 rakyat Malaysia tahanan Korea Utara selamat pulang ke tanah air

Kesemua sembilan rakyat Malaysia yang ditahan kerajaan Korea Utara sejak 7 Mac lalu dibenarkan meninggalkan negara republik itu semalam dan dibawa pulang ke tanah airĀ  menggunakan pesawat khas dari Pyongyang.

Mereka terdiri daripada Noor Saaidah Jamaluddin, 29, (Pembantu Peribadi Duta Besar), suaminya Mohd. Radzuan Othman, 29, serta bayi mereka Mohamad Radhiy berusia lapan bulan; S. Nirmala Malar Kodi, 45, (Pegawai Tadbir); Mohd Nor Azrin Md. Zain, 37, (Kaunselor), isterinya, Iza Karmila Ramli, 35, serta tiga anak mereka iaitu Annur Zulaikha, 6, Aynur Zhafirah, 5, dan Ayscha Zinnirah, 3.

Sumber laporan

5. Power Rangers bunuh rakan terima hukuman penjara

Pelakon yang pernah terkenal kerana menjayakan watak salah seorang pahlawan dalam siri televisyen Power Rangers dihukum penjara selama enam tahun pada Khamis, selepas mengaku bersalah menikam rakan serumahnya dengan pedang hingga maut.

Mahkamah California menjatuhkan hukuman berkenaan ke atas Ricardo Medina, 38, setelah pelakon itu pada awal bulan ini mengaku bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian dalam insiden perbalahan pada 31 Januari 2015.

Sumber laporan