1. Mat Tere dibebaskan

Terkenal akibat penyebaran video menghina Tengku Mahkota Johor, Mat Tere atau nama penuhnya Muhammad Zul Apiz Baharum, 29 tahun akhirnya dibebaskan selepas ditahanan reman selama 3 hari. Dipercayai, video tersebut adalah hasil kerja mereka yang tidak bertanggungjawab dengan mengambil kesempatan di atas kekurangan beliau.

Mat Tere mengucapkan terima kasih kepada TMJ dan meluahkan rasa teruja setelah bertemu dengan Tengku Mahkota Johor. Beliau merupakan insan istimewa dan tinggal bersama bapa saudaranya selepas kematian ibu beliau. Dalam pada itu, TMJ juga sempat memberi sumbangan wang tunai sebanyak RM5,000 dan memaafkan beliau dan percayai ini dalah perbuatan anaiya.

video:

https://www.youtube.com/watch?v=GPUWXodpFDw

Sumber laporan

2. Cuba terima rasuah, dua anggota polis dipenjara

Dua anggota polis didakwa atas tuduhan cuba menerima rasuah sebanyak RM6,000 daripada Lee Yong Hock sebagai dorongan untuk melepaskan Lee daripada diambil tindakan bagi kesalahan dikehendaki polis dan memiliki kereta seludup dijatuhi hukuman denda RM30,000 dan dua tahun penjara oleh Mahkamah Sesyen hari ini.

Kedua-dua tertuduh yang merupakan  anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan akan dikenakan penjara enam bulan sekiranya mereka gagal membayar denda.

Sumber laporan

3. Kerajaan mesti beri penjelasan berhubung isu GrabCar dan Uber

Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia(Ikhlas), meminta kerajaan tidak berdiam diri berhubung perkhidmatan GrabCar dan Uber yang masih berterusan hingga ke hari ini. Mereka turut mendesak kerajaan sepatutnya perlu menyatakan pendirian berhubung perkhidmatan GrabCar dan Uber bagi mengelakkan pemandu GrabCar, Uber dan teksi terus bertelingkah sesama sendiri.

“Kalau betul ia haram, kenapa tidak haramkan sahaja Uber dan GrabCar di sini (di negara ini)? Disebabkan pemimpin atas tidak betul, kita yang di bawah ini (pemandu teksi, GrabCar dan Uber) yang berlaga antara satu sama lain. Patutkah berlaku begini? Kita tidak mahu perkara sebegini terjadi. Sepatutnya kementerian berkaitan perlu beri kenyataan yang lebih jelas tentang isu ini,”

Mereka turut menggesa menteri berkaitan yang bertanggungjawab menitikberatkan isu perkhidmatan GrabCar dan Uber.

Sumber laporan

4. Uber tawarkan harga tambang RM0.99 bermula hari ini

Berita baik buat pengguna Uber, anda kini boleh menikmati perjalanan dengan harga tambang RM0.99 bermula 13 Febuari sehingga 26 Febuari ini. Namun tawaran ini hanya untuk UberX dan sah buat tempahan biasa. Sebarang tempahan melibatkan ‘schedule ride‘ atau tempahan berjadual tidak sah untuk menerima promosi ini.

Tawaran yang ditawarkan ini cuma khas dibuka buat mereka yang menggunakan servis ini sekitar Lembah Klang sahaja buat masa ini. Dalam pada itu, perjalanan ke KLIA dan KLIA2 adalah tidak dikira dan masih mengikut kadar yang ditetapkan.

Berita penuh

5. Bilangan tenaga buruh di Malaysia turun 0.03%

Jabatan Perangkaan melaporkan, bilangan tenaga buruh di negara ini pada Disember 2016 adalah 14.79 juta, turun 0.3 peratus berbanding 14.83 juta bulan sebelumnya. Kadar penyertaan tenaga buruh pada Disember 2016 adalah 67.6 peratus, turun 0.1 mata peratus berbanding bulan sebelumnya.

Menurutnya lagi, perbandingan tahun ke tahun pula menunjukkan kadar penyertaan tenaga buruh pada Disember 2016 turun 0.3 mata peratus berbanding Disember 2015.

Sumber laporan