1. Mangsa tiket murah

Akibat terlalu mengejar tiket penerbangan dengan harga paling murah, kini ramai yang menjadi mangsa sindikit penipuan tiket murah. Helah licik ini kebanyakkannya mensasarkan pelancong Malaysia dengan menawarkan tiket penerbangan pergi dan balik dengan harga yang jauh lebih rendah dari tawaran yang dibuat oleh syarikat penerbangan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pelancong yang ingin mendapatkan harga tiket murah dinasihati membeli dari agensi yang dipercayai atau laman web rasmi bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan tiket murah. Dipercayai, aktiviti penipuan ini sedang berleluasa di media sosial terutama di Facebook.

2. Pengusaha kantin sekolah dikenakan tidakan tegas jika menjual makanan mahal

Kementerian Pendidikan akan mengenakan tidakan tegas ke atas mana-mana pengusaha kantin sekolah yang menaikan harga makanan sesuka hati sehingga membebankan pelajar dan akan menjalankan siasatan jika menerima aduan daripada ibubapa berhubung masalah ini.

P Kamalanathan selaku Timbalan Menteri berkata, Pengusaha kantin perlu menjual makanan dan minuman seperti yang dipersetujui dalam tender masing-masing dan tidak boleh menaikkan harga sewenang-wenangnya. Sekiranya aduan diterima, kita akan menyiasatkan dan tindakan tegas boleh diambil ke atas pengusaha kantin yang gagal mematuhi penjualan harga makanan seperti ditetapkan dalam tender masing-masing.

Sumber laporan

3. Buat tuntutan palsu,pembantu akauntan dipenjara sehari serta denda RM10,000

Seorang pembantu akauntan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bachok dipenjara sehari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, tadi, selepas mengaku salah membuat tuntutan palsu RM1,521.70, dua tahun lalu.

Tertuduh didakwa atas kesalahan membuat tuntutan palsu atas nama suaminya, di PPD Bachok pada 5 Mei 2015. Dalam pada itu, mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara lapan bulan sekiranya gagal menjelaskan denda.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dan denda tidak melebihi lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau denda RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Sumber laporan

4. Kedah rancang bina stadium baharu

Demi mengutamakan keselesaan peminat bola sepak, Kedah ini sedang merancang untuk membina sebuah stadium bola sepak baharu yang mampu memuatkan kapasiti lebih daripada 60,000 penonton.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, beberapa kertas kerja telah diterima daripada pihak syarikat swasta termasuk mereka bentuk kompleks mengikut kesesuaian dan kos untuk dinilai sebelum dimuktamadkan.

Sumber laporan

5. Kelas mengaji Al-Quran dalam jet mewah cecah harga ratusan ribu ringgit

Kelas mengaji Al-Quran dalam jet mewah ini mungkin cara pendekatan mengaji Al-Quran yang terkini untuk golongan berkemampuan. Menurut laporan, kelas mengaji Al-Quran ini disertakan dengan pakej penerbanagan sambil mengikuti kelas mengaji ke  destinasi dalam atau luar negara, termasuk ke Timur Tengah, Arab Saudi, China mahupun Australia.

Pakej tawaran ini boleh mencecah harga sehingga ratusan ribu ringgit dan ada pelanggan yang sanggup membayarnya. Kelas mengaji ini akan dikendalikan oleh johan qariah tilawah al-Quran peringkat antarabangsa 2009, Sharifah Khasif Fadzillah Syed Badiuzzaman.

Sumber laporan