1. Penyeludupan warga asing tewas di Tol Kuala Kangsar

Polis bertindak menembak tayar pacuan empat roda 4WD yang cuba meloloskan diri dan menghimpit kereta peronda. Kejadian berlaku di susur keluar tol Kuala kangsar kira-kira jam 2.20 petang waktu tempatan semalam. Selain itu, polis juga terpaksa memecahkan cermin kenderaan tersebut selepas suspek enggan memberi kerjasama.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Deputi Superintendan Ibrahim Husin, hasil pemerikasaan di dalam kenderaan tersebut menemui enam warga Myanmar berusia 16 hingga 30 tahun. Dua lelaki tempatan berusia 40-an yang juga pemandu dan penumpang hadapan kereta itu ditahan selepas dipercayai cuba menyeludup masuk enam warga Myanmar terbabit.

Sumber Laporan

2. Larangan merokok di semua taman awam di seluruh negeri

Kerajaan telah menetapkan larangan merokok di semua taman-taman awam seluruh Malaysia berkuat kuasa pada 1 Febuari 2017. Kenyataan rasmi ini diumumkan sendiri oleh Ketua Pengarah Kesihan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Larangan ini tidak membenarkan perokok menyalakan rokok baik rokok tembakau ataupun rokok elektronik di kawasan sekitar taman kecuali di kawasan tempat letak kereta terbuka. Jika tersabit kesalah, pesalah akan dikenakan denda sekurang-kurangnya RM10,000 atau 2 tahun penjara.

Sumber laporan

3. Kementerian Kesihatan akan mengkaji semula kadar caj rawatan kanser

Dalam satu laporan hari ini menyatakan, Kementerian Kesihatan Malaysia akan mengkaji semula kadar caj bagi rawatan kanser di hospital kerajaan seluruh Malaysia. Datuk Dr S. Jeyaindran selaku Ketua Timbalan Pengarah Kesihatan berkata, kajian ini akan dibuat semula dengan mempertimbangkan sepenuhnya kemampuan pesakit merangkumi yang berpendapatan rendah (B40), kurang upaya atau tua.

Beliau turut memberitahu, bayaran yang dikenakan di hospital kerajaan sangat minimum dan disubsidi sepenuhnya iaitu hampir percuma, berbanding hospital swasta yang mengenakan caj rawatan antara RM20,000 hingga ratusan ribu Ringgit bergantung kepada jenis rawatan dan tahap keseriusan penyakit.

Sumber laporan

4. Pencuri tabung masjid berjaya ditangkap

Dalam satu serbuan yang dilakukan semalam, polis menahan dua remaja lelaki dipercayai geng pencuri tabung masjid yang sangat aktif  di daerah Seberang Perai Tengah, Bukit Mertajam. Suspek berumur 18 dan 19 tahun itu ditahan berdasarkan hasil daripada intipan yang dibuat selepas menerima laporan pada 31 Januari 2017.

Selain daripada kes ini, mereka juga dipercayai aktif menjalan kegiatan samun dan curi motosikal di sekitar negeri ini. Dalam masa yang sama, seorang daripada mereka didapati positif dadah dan kini mereka direman bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Sumber laporan

5. Enam kanak-kanak disyaki dijangkiti Rotavirus selepas berkungjung ke kolam air panas Ulu Legong

Enam kanak-kanak dimasukkan ke Hospital Kulim disyaki dijangkiti Rotavirus selepas mandi di Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong di Baling Kedah. Sehubungan itu, pusat reakreasi tersebut diarahkan tutup buat sementara.

Keputusan mendapati dua kes adalah positif sementara empat lagi kes masih menunggu keputusan ujian berkenaan. Dalam masa yang sama, orang ramai yang mempunyai sejarah melawat pusat rekreasi tersebut dari tempooh 25 Januari hingga 3 Febuari 2017 diminta mendapatkan rawatan segera jika mempunyai simptom seperti demam berterusan, muntah dan cirit-birit.

Sumber laporan