1. Mangsa ke-7 Rotavirus

Jangkitan wabak Rotavirus semakin membimbangkan buat pengujung Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong di Baling Kedah, selepas 6 kes disabitkan dengan jangkitan ini mula tersebar sejak semalam. Terkini, kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun dikenal pasti menjadi mangsa terbaru jangkitan ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail, kanak-kanak tersebut dimasukkan ke Hospital Jitra semalam selepas berkunjung ke pusat rekreasi itu pada tarikh 30 Januari yang lalu. Bagimanapun makmal masih belum mengeluarkan keputasan muktamad. Buat masa sekarang, Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Lengong masih ditutup untuk menjalani siasatan lanjut oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Pejabat Kesihatan Daerah Baling dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh.

Sumber laporan

2. Keadaan banjir di Pahang dilaporkan semakin pulih

Keadaan mangsa banjir di Pahang dilaporkan semakin baik apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) semakin berkurangan, iaitu daripada 139 orang daripada 34 keluarga menurun kepada 96 orang daripada 25 keluarga.

Susulan itu, satu PPS di daerah Pekan akan ditutup sepenuhnya. Kolonel (PA) Zainal Yusoff, selaku Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), turut memberitahu jumlah mangsa yang terjejas di daerah Kuantan dan Pekan kini terus berkurangan. Secara keseluruhan hanya tiga PPS yang masih beroperasi, dua di Pekan dan satu di Kuantan.

Sumber laporan

3. Pemuda kongsi gambar India dapat perhatian ‘big bos’ AirAsia

Pemilik artikel ‘India Dari Kacamata Saya Sebagai Seorang Fotografer‘ yang diterbitkan di The Vocket pada 31 Januari yang lalu meluahkan rasa gembira, apabila pautan artikel berkenaan mendapat perhatian dan dikongsikan Tony Fernandes melalui akaun Facebook Fan Page miliknya.

Menggunakan nama samaran sebagai Anip Ishak di laman sosial, kenyatan ini diakui sendiri olehnya melalui satu post yang dibuat di laman Instagram. Selain daripada itu, salah satu gambar yang diambil beliau juga turut mendapat perhatian syarikat penerbangan Malaysia Airlines.

Sumber laporan

4. Kawasan perkelahan Rekreasi Belukar Bukit akan dibuka semula

Sejak lebih setahun kawasan perkelahan Belukar Bukit di Terengganu ditutup, akhirnya akan dibuka semula kepada orang ramai. Kenyataan ini diumumkan oleh salah seorang exco negeri. Sebagai langkah mengembalikan semula keyakinan orang ramai, satu latihan operasi meyelamat oleh pasukan bomba telah diadakan.

Kawasan ini ditutup adalah disebabkan tragedi kes lemas terutama apabila melibatkan kematian 5 sekeluarga pada 25 Disember 2015. Bagaimanapun, menurut anggota Dewan Undangan Negeri Ajil, pengunjung yang mahu berkelah dalam tempoh yang lama haruslah memaklumkan kedatangan mereka kepada pihak berkuasa terlebih dahulu.

Sumber laporan

5. Singapura kaji semula fakta pemilikan Pulau Batu Puteh

Dalam satu laporan hari ini menyatakan, Singapura mengambil langkah untuk mengkaji semula dokumen yang pernah dikemukan oleh Malaysia di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengenai penghakiman pemilikan Pulau Batu Puteh. Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam berkata, beliau telah melihat dokumen berkenaan dan dokumen itu akan diteliti oleh sebuah pasukan undang-udang serta memberi respon yang sewajarnya.

Shanmugam juga berkata Malaysia perlu memenuhi beberapa syarat seperti yang ditetapkan mahkamah. Antaranya ialah, terdapat fakta baharu dan fakta baharu yang ditemukan itu akan menghasilkan perbezaan penting, manakala skop perundangan secara khusus pula perlu dijelaskan.

Sumber laporan