1. Desak hentikan perlombongan bauksit di Kuantan, Pahang

Selepas tragedi yang berlaku pada 4 Febuari yang lalu dimana kes mati lemas melibatkan 2 orang kanak-kanak dalam kolam takungan hasil perlombongan bauksit di Taman Sungai Karang Jaya, Kuantan Pahang, Parti Amanah Negara Rompin mendesak kerajaan menghentikan terus aktiviti itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurutnya, industri perlombongan bauksit sangat merbahaya dan adalah tidak wajar mengira keuntungan wang ringgit berbanding nyawa rakyat. Mereka turut menzahirkan rasa bimbang jika industri berkenaan terus beroperasi. Jika ia diteruskan, jumlah nyawa yang terkorban juga mungkin meningkat. Dalam masa yang sama, peneroka yang terlibat memajak tanah dinasihati berfikir dan mempertimbangkan berkenaan masalah ini.

Sumber laporan

2. Gula-gula dadah perisa strawberi yang viral di media sosial berita palsu

Berhubung kes penjualan dadah berupa gula-gula berperisa strawberi yang kecoh di media sosial baru-baru ini, Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan kenyataan menafikan kes tersebut. Berita menjadikan pelajar sekolah sebagai sasaran pengedaran dadah ini adalah palsu.

Kenyataan ini diberitahu sendiri oleh Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon dalam satu program ‘Jom Ke Sekolah’ peringkat kebangsaan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mohd Said hari ini. “Tidak betul dan itu adalah palsu…kementerian tidak pernah keluarkan surat pekeliling,” katanya.

Sumber laporan

3. Guru Besar terima rasuh dipenjara 8 bulan

M Subramaniam, 56 tahun bekas guru besar di sekolah jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Rawang dijatuhakan hukum penjara 8 bulan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini, apabila didapati menerima rasuah sebanyak RM1,500 bagi melanjutkan kontrak kantin sekolah selama 3 tahun.

tertuduh yang kini berkhidmat sebagai guru besar di sebuah sekolah di Sungai Buloh, didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Sumber laporan

4. TMJ bakal menggalas tugas sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkemungkinan akan mengalas tugas sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas nama beliau dicalonkan dalam senarai yang bertanding untuk jawatan itu. Ramalan mendapati beliau merupakan calon yang terbaik untuk mengisi jawatan tersebut.

Kerusi Presiden FAM menjadi rebutan empat tokoh terkemuka iaitu Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin; bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa; bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Aseh Che Mat dan Tunku Ismail. Senarai calon akhir yang bertanding akan dibentangkan dalam mesyuarat exco FAM pada 20 Februari ini.

Sumber laporan

5. AirAsia tawar diskaun 20%

AirAsia Bhd dan AirAsia X Bhd menawarkan kembali diskaun 20% untuk semua tempahan penerbangan hari ini sehingga 12 Febuari untuk penerbangan pada perjalanan antara 7 Feb hingga 31 Julai, 2017. Tawaran tambang rendah ini meliputi semua destinasi, termasuk Kuala Lumpur ke Shantou, Luang Prabang, Pattaya, Perth, Busan atau Pulau Pinang ke Johor, Medan dan Johor ke Jakarta, Guangzhou.

Diskaun ini boleh digunakan untuk semua tempahan yang dibuat menerusi airasia.com, aplikasi mudah alih AirAsia dan AirAsiaGo, manakala BIG Members boleh menebus mata penerbangan mengunakan AirAsia BIG Points masing-masing.

Sumber laporan