1. Polis siap sedia hadapi PRU-14

Sebagai persiapan pilihan raya umum yang ke-14 kali ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis kini sudah bersiap sedia dengan memastikan setiap anggota mendapat latihan mencukupi dari segi mental, perundangan, fizikal dan aset kelengkapan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Kami sedang merancang untuk mempersiapkan anggota bagi menghadapi kempen melampau dan ucapan berbentuk hasutan yang menggusarkan masyarakat’, ucap beliau dalam satu perbincangan sempena Persidangan Ketua-Ketua Jabatan Pengurusan dan Institusi Latihan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini.

Sumber laporan

2. Baling cawan kena kepala ibu, anak terima hukuman penjara 9 bulan

Mohd Afiq dijatuhkan hukuman penjara selama 9 bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas didapati bersalah mencederakan ibunya di kepala dengan sengaja. Kejadian berlaku di Kampung Che-Lah Mantin, Seremban pada 23 Januari 2017.

Tertuduh merupakan seorang penganggur dituduh dengan sengaja mencederakan ibunya, Siti Bujal, 69 tahun dengan membaling cawan kaca ke bahagian kepala. Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tiga tahun, atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua seksaan itu. Namun, tertuduh masih lagi dalam rayuan memohon supaya hukuman diringankan.

Sumber laporan

3. Nasib baik tak mati

Kalau dah bukan ajal, seorang wanita warga Indonesia berumur 37 yang merupakan seorang pekerja kilang di Shah Alam hampir maut. Beliau dipercayai dipukul, disumbat ke dalam guni dan dicampak ke dalam sungai, bagaimanapun terselamat apabila jasadnya terapung ditemui orang awam.

Sejurus maklumat diterima, anggota polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor segera bergegas ke tempat kejadian. Mangsa mengalami kecederaan di bahagian betis dan kepala dipercayai dilakukan oleh dua individu yang dikenalinya

Kes masih dalam siasatan polis.

Sumber laporan

4. Beri maklum balas perkhidmatan MRT

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menggalakan pengguna Transit Aliran Massa (MRT) untuk memberi maklum balas mengenai perkhidmatan pengangkutan awam tersebut. Pengguna boleh memberi reaksi dari segi perkhidmatan, frekuensi tren, bas pengantara dan sebagainya kepada Rapid KL sebagai pengendali perkhidmatan melalui talian 03-78852585 atau emel [email protected].

Dalam satu catatan yang lain, Perdana Menteri juga berharap perkhidmatan MRT dan bas-bas pengantara di bawah Fasa 1 Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) telah memanfaatkan pengguna dan penduduk di sekitar kawasan bandar raya.

Sumber laporan

5. Sebar berita palsu di internet dapat RM10k

Seorang pemuda yang aktif dalam menyebarkan berita palsu di internet mengaku memperoleh pendapatan sehingga RM10,000 atau lebih dalam sebulan. Individu yang hanya mahu dikenali dengan nama Zarif berkata, modus operandi golongan tersebut adalah menjadi penyebar berita palsu hingga memecahbelahkan masyarakat.

Penyalahgunaan medium internet di Malaysia kini semakin membimbangkan, rakyat Malaysia dinasihati untuk lebih berhati-hati dan mengesahkan dahulu berita yang tersebar di media sosial terutama seperti di Facebook, Twitter dan Instagram. Sebaiknya dapatkan berita dari sumber yang dipercayai.

Sumber laporan