1. Kerajaan sedia tambah BR1M jika minyak naik RM3.00 seliter

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani dalam satu kenyataan menegaskan, Kerajaan sangat memahami tekanan kos sara hidup yang dihadapi rakyat terutama buat kumpulan isi rumah berpendapatan rendah (B40) dan sedia menambah wang bantuan 1 malaysia jika harga minyak mencecah RM3.00 seliter.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Sekiranya harga minyak terus naik melebihi RM3 seliter, kami faham keadaan yang bakal dialami oleh golongan B40 ini. Kerajaan akan mengeluarkan satu mekanisme,” katanya. Selain daripada itu, beliau turut memaklumkan pemberian BR1M sebanyak RM1,200 pada masa ini tentunya tidak mencukupi lagi, oleh itu kerajaan akan meningkatkan jumlah bantuan bagi mengurangkan kesan kenaikan harga minyak.

Sumber laporan

2. Timbus kolam bauksit elak kemalangan jiwa

Susulan berita 3 kanak-kanak mati lemas akibat kerakusan perlombongan bauksit di Sungai Karang di Kuantan Pahang, pihak berkuasa kini meminta kerjasama dari pemilik tanah persendirian untuk membenarkan mereka menimbus semula bekas lombong tersebut.

Anggota Majlis Keselamatan Aktiviti Air Tan Sri Lee Lam Thye berkata bekas lombong yang dipenuhi air boleh menjadi perangkap maut jika tindakan segera tidak diambil.

Sumber laporan

3. Bekas tentera mengamuk dan serang kem Seberang Takir, Kuala Nerus

Laporan gembar apabila seorang suspek menyerang kem Seberang Takir, Kuala Terengganu mengamuk dan mencederakan seorang anggota askar di kem tersebut. Suspek bagaimanapun kini sudah ditangkap dan direman selama empat hari sehingga selasa ini.

Suspek yang berusia 41 tahun didapati mempunyai rekod penyakit mental yang juga menjadi punca dia diberhentikan daripada perkhidmatan tentera pada tahun 2007. Sebelum ditamatkan perkhidmatan, dia bertugas di kem tentera di Seberang Takir, Kuala Nerus terbabit.  Sehubungan itu, siasatan awal mendapati suspek melakukan perbuatan itu secara bersendirian dan tidak mempunyai kaitan dengan aktiviti militan Daesh.

Sumber laporan

4. Hasil getah dicuri selepas harga meningkat

Meskin harga getah meningkat tinggi baru-baru ini, namun ia bukanlah sesuatu yang mengembirakan buat penoreh getah sepenuh masa. Selepas harga getah diumumkan meningkat RM4.80 sekilo, kes pencurian hasil getah juga semakin meningkat dan perkara ini sangat membimbangkan mereka.

Menurut Mohd Khairul Nizan Ahmad dari dari Felda Bukit Ketapang, Kuala Nerang, setiap hari beliau mengalami kerugian apabila 70 daripada 80 kilogram getah beku hilang akibat dicuri pihak yang tidak bertanggungjawab. Mereka berharap pihak berkuasa turut campur tangan dalam membatu kes kecurian getah yang semakin berleluasa ini.

Sumber laporan

5. Wanita pertama di Malaysia yang positif Zika selamat lahirkan bayi normal

Sebelum ini sangat kecoh tentang virus Zika dan ianya sangat membimbangkan ibu mengandung. Wanita mengandung dari Johor Bahru merupakan mangsa pertama di Malaysia yang dijangkiti virus Zika walaubagaimanapun sudah selamat melahirkan bayi normal.

Memetik laporan hari ini, ibu berusia 28 tahun itu, wanita mengandung pertama di Malaysia yang positif ujian Zika  melahirkan bayinya di sebuah hospital awam di Johor Bahru pada Khamis malam, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

“Bayi itu dilahirkan dengan saiz kepala normal. Kedua-dua ibu dan bayi dalam keadaan baik,” katanya.

Sumber laporan