Mungkin agak sukar untuk dipercayai namun itulah yang berlaku kepada sebuah keluarga di Johor apabila ‘menemui’ kembali ahli keluarga mereka yang terpisah sejak 1996 melalui laporan berita yang disiarkan di kaca TV.

Menurut laporan portal Says yang memetik pengguna Twitter, MohdFaizalHasan kejadian itu berlaku melalui satu laporan berita oleh TV3 yang menemubual golongan gelandangan di ibu kota yang membincangkan nasib mereka selepas berkahirnya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Melalui tangkap layar yang dikongsikan beliau, keluarga lelaki tersebut menyedari gelandangan yang ditemubual itu adalah merupakan ahli keluarga mereka yang terpisah lebih 20 tahun lalu.

Beliau dikatakan telah berhijrah ke Kuala Lumpur pada 1996 sebelum menjadi gelandangan seperti yang disiarkan dalam laporan berita tersebut.

photo_2020-04-14_13-35-20
Foto: MohdFaizalHassan Twitter

Selepas melakukan pencarian di media sosial, keluarga tersebut akhirnya dapat menghubungi kembali lelaki itu dan turut mendapat peluang untuk bercakap dengannya sendiri.

Tangkap layar perbualan dipercayai ahli keluarga itu juga menjelaskan gelandangan tersebut akan pulang ke rumah keluarganya di Johor selepas tamat PKP nanti.

BeFunky-collage (83)
Foto: MohdFaizalHassan Twitter

Berikut adalah sedutan laporan berita tersebut yang disiarkan dalam Buletin Utama oleh TV3 sebelum ini yang menemukan gelandangan tersebut dengan keluarganya dari Johor.

Baca perkongsian kami sebelum ini mengenai prosedur ketat untuk membawa pulang rakyat Malaysia dari luar negara akibat penularan COVID-19 ketika ini. 

Pramugara Kongsi Pengalaman Serta Prosedur Ketat Bawa Pulang Rakyat Malaysia Dari Iran

Malaysia Cecah 2,000 Kesembuhan Di Saat Dunia Menghampiri Kes Positif Ke-2 Juta

Sumber