Umum mengetahui, aset milik usahawan kosmetik, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman dilelong pagi semalam dari rumah yang beralamat di Kota Damansara.

Akan tetapi, kecoh di media sosial semalam apabila pembida harta lelongan milik Sajat bernilai RM132,000 tidak dapat dihubungi dan menghilangkan diri. Menurut laporan, lelaki bernama Mohammad Syazwan Ahmad Fiesol itu menghilangkan diri selepas memaklumkan mahu melakukan bank draf setelah tamat sesi bidaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sementara itu, tular di Facebook seorang netizen bernama KJ Nilam berkongsikan semula laporan mStar serta membuat spekulasi identiti pembida itu disyaki kenalan kepada seorang lagi usahawan itu.

Malah, rata-rata netizen mendakwa lelaki terbabit adalah PA kepada usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri selepas mencari akaun Facebook didakwa milik Mohammad Syazwan.

Terbaharu, Mohammad Syazwan dilaporkan telah ke luar negara untuk bercuti dan perkara itu dikongsikan olehnya sendiri di Facebook miliknya. Dalam perkongsiannya itu juga, Syazwan mengucapkan terima kasih kepada Aliff Syukri dan isteri kerana memberikan peluang kepadanya melancong ke luar negara.

Walau bagaimanapun, Aliff Syukri tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu tersebut. Untuk rekod, kesemua 39 barangan yang dilelong perlu dibida secara pukal bermula dengan harga RM75,000.

Terdahulu, peguam Nurul Hafidza menjangkakan lelaki itu dihantar oleh individu lain yang berniat menangguhkan lelongan. Malah, lelaki berkenaan juga tidak menandatangani apa-apa kontrak yang sepatutnya.

Nurul Hafidzah selaku peguam mewakili OWA Resources Sdn. Bhd menyifatkan tindakan pembida tersebut seolah-olah melakukan satu penghinaan kepada mahkamah apabila melarikan diri selepas berjaya dalam bidaan.

Oleh itu, satu lagi sesi lelongan harta benda Sajat akan diadakan semula pada tarikh yang akan diumumkan kelak dan dijangka pada minggu hadapan.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan Sajat pada pautan di bawah ini.

Sajat Mengaku Tukar Jantina, Rasa Diri Dijadikan Kambing Hitam Untuk Alih Perhatian Isu Lain

Selepas Ditahan Di Thailand, Timbul Dakwaan Sajat Sebenarnya Lari Daripada Hutang?