Pelakon kelahiran Malaysia yang membintangi Shang-Chi, Ronny Chieng akui bahawa dia masih rakyat Malaysia dan setia bersama negara ini sambil mengucapkan Selamat Hari Malaysia.

Dalam ciapan yang dimuat naik oleh Marvel Studios Malaysia, Ronnie yang lahir di Johor membuktikan apa yang membuatkan dia sebahagian dari Malaysia sambil mempamerkan kebolehan Bahasa Malaysia.

Ronnie kemudiannya menunjukkan pasport Malaysia bagi membuktikan bahwa dia masih orang Malaysia dan dengan nada jenaka, dia akui masih menggunakan ‘lah’ dan ‘meh’ dalam bahasa sehariannya.

Dia yang juga pelakon filem The Crazy Rich Asia turut mengucapkan selamat Hari Malaysia kepada rakyat Malaysia dan mengakhiri klip tersebut dengan ucapan Malaysia Boleh. Ciapan Marvel Studios Malaysia telah ditonton lebih dari 20,000 kali dan mendapat lebih daripada 400 suka.

Klip berdurasi satu minit dua saat itu juga merupakan sebahagian daripada promosi Marvel Studios untuk filem terbaharu mereka, Shang-Chi and Legends of the Ten Rings.

Sudahkah anda menonton Shang-Chi? Difahamkan bahawa penjahat di dalam filem tersebut sudah muncul sejak Iron Man pertama lago. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Penjahat Dalam Shang-Chi Sudah Wujud Sejak Filem Iron Man Pertama Lagi

Sebelum Bintangi Filem Marvel Shang-Chi, Simu Liu Adalah Model Biasa Untuk ‘Stock Photo’