Lelaki dari Indonesia yang berasal dari Kabubapaten Pati, Jawa Tengah ini mengaku bahawa penghijrahannya ke Malaysia adalah ‘rahsia’ yang telah mengubah hidupnya 360 darjah.

Beliau yang pernah menetap di Malaysia selama 8 tahun mengakui walau pun jarak antara dua negara itu dekat, tetapi tujuan asalnya bekerja di Malaysia adalah untuk mengubah kehidupannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Setelah bekerja lama di Malaysia, hasilnya dapat dilihat apabila lelaki ini mengaku beliau berjaya membuka sebuah kedai dan membina sebuah rumah untuk kelangsungan hidupnya di Indonesia.

Video yang dimuat naik oleh Bang Ray ini telah mendapat sambutan dengan 89,000 tontonan di kalangan para penonton di Indonesia dan Malaysia.

Jika anda mahu mengetahui lebih lanjut mengenai Indonesia, klik pautan di bawah.

Peminat Indonesia Cipta Teori Konspirasi Baharu, Ahmad Dhani Sekarang Adalah ‘Ahmad Dhani Clone”