Setelah berjaya mengesan kewujudan saka dalam kalangan 10 pesakit mereka sebelum ini, tiga penyelidik dari Universiti Malaysia Kelantan ini bercadang untuk mewujudkan sebuah makmal khusus bagi tujuan kajian berkaitan makhluk halus.

Tiga penyelidik itu sebelum ini dikatakan berjaya mengesan kewujudan mahkluk halus dalam badan pesakit diganggu saka dan makhluk halus melalui parameter elektrik yang dikenali sebagai ‘Winaura’.

“Winaura’ seperti dilaporkan Harian Metro sebelum ini mampu untuk mengesan kewujudan makhluk halus itu melalui aura warna badan mereka yang bertindak balas terhadap alat tersebut.

munafik 2
GAMBAR HIASAN : MUNAFIK 2 ,NETFLIX

Menurut penyelidik, mereka yang mempunyai saka akan dikesan mempunyai banyak aura merah melalui alat tersebut.

“Jika mereka memang ada saka, biasanya mereka akan berubah laku, bebola mata akan merah, tidak selesa, marah dan sebahagiannya akan melakukan pergerakan pelik seperti menari dan sebagainya.

“Perkara ini akan berlaku dalam tempoh yang pantas, kurang sesaat, jadi masa itu kita buat pemerhatian dan mencatat kajian ke atas mereka untuk kajian selanjutnya

“Selepas itu mereka diberi bacaan ayat ruqyah, surah al-Fatihah, Qursi dan Yassin serta muzik ulik mayang bagi merangsang minda luar sedar pesakit,” kata salah seorang penyelidik.

MUNAFIK
GAMBAR HIASAN: MUNAFIK 2 ,NETFLIX

Menurut mereka juga, penemuan ini bukan sahaja akan dapat memaklumkan pesakit sama ada sakit yang dialami itu berpunca dari saka atau penyakit lain tetapi mereka juga akan dapat mengelakkan daripada ditipu ketika pergi mendapatkan rawatan alternatif.

Kejayaan tersebut mendorong mereka untuk mencadangkan agar sebuah makmal khas yang lengkap dengan peralatan dan mesin yang sesuai bagi meluaskan lagi kajian yang dijalankan mereka.

Tujuan pembinaan makmal khas ini juga adalah bagi membuktikan kepercayaan spiritual ini melalui kaedah saintifik.

Antara kajian yang bakal dijalankan sekiranya makmal tersebut diwujudkan adalah mengkaji kebolehan bomoh serta fenomena histeria yang sering berlaku dalam kalangan pelajar sekolah di negara ini.

Kami juga pernah berkongsi kisah tentang sebuah hotel yang terbiar di Taiping dan dikatakan turut mempunyai kisah misteri di sebaliknya. Klik pautan untuk membaca. 

Kisah Hotel Peninggalan British ‘Berhantu’ Di Taiping Yang Ramai Tidak Tahu

5 Legenda Hantu Yang Terkenal Dan Menyeramkan Di Malaysia

Netizen Berbalah Tentang Kesahihan Rakaman Video Penampakan ‘Hantu’ Dari Indonesia Ini

Sumber