Pengangkutan awam yang cekap dan efisyen merupakan perkara utama yang diperlukan oleh para pengguna pada hari ini.

Terbaharu, Berjaya Land menubuhkan unit perniagaan rel, Berjaya Rail Sdn Bhd dalam usahanya untuk menceburi segmen kereta api dengan tumpuan terarah kepada projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dalam satu kenyataan, Berjaya Land berkata ia akan terbabit dalam proses permintaan maklumat yang dilaksanakan oleh MyHSR Corp Sdn Bhd, syarikat di bawah Kementerian Kewangan.

“Berjaya Rail akan menjalankan perniagaan yang membabitkan pembinaan kereta api dan kereta api bawah tanah, reka bentuk, pembekalan dan pemasangan sistem kereta api, pembangunan hartanah berorientasikan transit (TOD), perkhidmatan perundingan dan latihan untuk penyelesaian teknikal yang berkaitan,” katanya.

Bagi tujuan itu juga, Berjaya Rail dalam kenyataan itu mengumumkan pelantikan Farizul Baharom sebagai Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

Berjaya Land berkata, Farizul mempunyai pengalaman yang pelbagai termasuk pernah menjadi Penasihat Khas kepada Menteri Pengangkutan, Ketua Pejabat Pengurusan Projek untuk LRT3 di Prasarana Malaysia Bhd, Ketua Undang-undang & Ketua Rel Rentas Sempadan bagi HSR dan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura (RTS) di bawah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

“Sebagai tambahan, Farizul akan disertai oleh lembaga pengarah yang berpengalaman terdiri daripada mereka yang berpengalaman dalam kejuruteraan, kewangan dan perbankan, pembangunan hartanah serta perundingan dua hala rentas sempadan untuk pengangkutan infrastruktur dan perkhidmatan,” katanya.