vivo Malaysia pada minggu ini berjaya mencipta fenomena apabila berjaya menghasilkan sebuah filem pendek bertajuk The Incident dengan hanya menggunakan sebuah telefon pintar.

Diilhamkan daripada kisah benar, filem yang sarat dengan pengajaran beserta rakaman yang penuh sinematik ini berjaya menarik perhatian ramai setelah mengetahui filem ini tidak bergantung kepada kamera profesional sebaliknya hanya menggunakan vivo X60 Pro.

20

Mengulas mengenai The Incident, telefon pintar vivo x60 Pro ternyata mempunyai fungsi yang mencukupi untuk menghasilkan filem pendek ini. Penawaran Gimbal Stabilization 2.0 menawarkan kelebihan buat model ini untuk merakam babak menunggang motosikal dengan baik tanpa sebarang masalah gegaran yang keterlaluan.

Model ini sekali lagi diuji apabila filem pendek ini turut mempunyai babak pada waktu malam. Walau bagaimanapun, menerusi teknologi Extreme Night Vision 2.0  yang tersedia pada model ini, rakaman pada waktu malap bukan lagi masalah buat vivo X60 Pro.

50

Dilengkapi dengan kamera 48-megapixel beserta sokongan rakaman beresolusi 4K nyata memberi kelebihan buat vivo X60 Pro menghasilkan sesebuah filem. Malah, model ini turut dibantu dengan Cinematic Master di mana fungsi ini sangat membantu perakam untuk mendapatkan shot terbaik dengan pantas dan mudah secara profesional.

Bukan itu sahaja, Cinematic Master yang hadir dengan resolusi paparan 21:9 sekaligus memudahkan perakam untuk menghasilkan sesebuah filem dengan hanya satu klik sahaja.

vivo sedia menjemput content creator sempena Visual Creator campaign

The Incident Movie Screening at One Utama

Pelancaran filem pendek The Incident berjaya membuktikan keupayaan telefon pintar terbaru daripada vivo ini sekaligus menandakan bermulanya kempen Visual Creator daripada jenama ini.

Menerusi kempen yang dijalankan, vivo sedia berkolaborasi bersama Malaysia International Film Festival (MIFFest) dalam menjemput penghasil konten atau content creator menghasilkan filem pendek berdurasi lima minit menggunakan vivo X60 Pro dengan tema “Joy of Humanity”. 

Para peserta bakal turut berpeluang bekerjasama dengan tiga direktor dan universiti tempatan yang terdiri daripada Xiamen University Malaysia, Tunku Abdul Rahman University College (TAR UC) dan New Era University College.

46

Untuk pengetahuan, kempen daripada vivo ini turut bekerjasama dengan Kuala Lumpur Photography Festival (KLPF) di mana sepanjang sebulan peraduan fotografi berlangsung, para peserta bakal diberikan tema berbeza setiap minggu.

Selain itu, vivo juga turut menjemput beberapa produser, jurugambar profesional serta content creator untuk turut serta dalam program khas #X60Series bagi mengongsikan pengalaman mereka menggunakan siri vivo X60 yang sarat dengan teknologi terbaru ini.

Buat anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen Visual Creator yang dianjurkan vivo, anda boleh lawati laman rasmi Facebook vivo Malaysia, Instagram dan juga laman web vivo.

Oh ya, dengari juga lagu Light Of Hope selaku rasmi buat filem The Incident yang dinyayikan oleh Firdhaus Farmizi. Kami yakin anda pasti terhibur dengan nyanyian unik daripada penyanyi penuh bakat ini.

Difahamkan selepas ZEISS dan Leica, Hasselblad selaku syarikat penawar lensa sedia turut bekerjasama dengan jenama telefon pintar.

Selepas ZEISS Dan Leica, Hasselblad Bakal Kerjasama Bersama Syarikat Telefon Pintar

Lalu Lintas Terlalu Sesak Di Vietnam, Auto-Pilot Tesla ‘Give Up’ Dan Minta Pemandu Kawal Semula Kereta