Sebut mengenai Pulau Pinang, pastinya hidangan nasi kandar antara yang diingati ramai. Menawarkan pelbagai pilihan restoran beserta lauk-pauk dengan speciality masing-masing membuatkan para pelanggan sanggup beratur panjang untuk menjamahnya.

Terbaharu, sebuah nasi kandar yang sudah diusahakan sejak tahun 1960 berjaya menjadi fenomena di mana orang ramai seolah tidak kisah untuk beratur panjang demi menjamah Nasi Kandar Sulaiman selepas tular baru-baru ini.

Bertempat di Jalan Air Hitam, Georgetown, Nasi Kandar Sulaiman ini menawarkan seleksi lauk untuk dicuba para pelanggan. Kuahnya yang pekat antara salah satu faktor restoran ini mempunyai peminat yang tersendiri.

Impak tular baru-baru ini telah membuatkan Nasi Kandar Sulaiman jumlah pelanggan yang luar biasa. Malah, terdapat pelanggan yang memaklumkan terpaksa beratur sekitar satu hingga dua jam sebelum mendapatkan makanan.

Tidak kurang juga yang memilih untuk beratur di hadapan kedai sebelum kedai dibuka bagi mengelakkan masa menunggu yang panjang. Berikut merupakan respon netizen terhadap sambutan Nasi Kandar Sulaiman di Pulau Pinang ini.

Buat anda yang mahu mencuba keenakan Nasi Kandar Sulaiman, restoran ini mulai beroperasi bermula jam 12 tengah malam sehingga 6 pagi sempena bulan Ramadan ini.

Dalam erti kata lain, para pengunjung hanya boleh mendapatkannya pada lewat malam atau sewaktu sahur sempena bulan puasa ini.