Siapa sahaja tidak mengenali insan bernama Sofyank yang mana telah mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa dengan karya kreatifnya. Kini beliau dilihat sebagai salah satu ikon yang layak diangkat sebagai contoh yang baik buat anak muda.

Sebuah sekolah telah meletakkan potret pencipta kandungan terkemuka Malaysia, Sofyank sebaris bersama pakar-pakar teknologi di dunia dalam satu lukisan mural.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: FB ridhwan.marziah.9

Seorang guru di Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim, Puan Marziah berkata, mural tersebut merupakan hasil titik peluh beberapa guru praktikal dari UPSI dan kakitangan sekolah yang lain.

Menerusi hantaran di Facebook, Marziah menyifatkan hasil kerja guru-guru praktikal tersebut dalam menyiapkan lakaran awal mural sangat terperinci. Difahamkan, mereka berjaya menyiapkan mural ini dalam tempoh dua minggu sahaja dengan kerjasama bersama.

Sumber Gambar: FB ridhwan.marziah.9

Puan Marziah turut menceritakan kisah di sebalik penghasilan mural tersebut. Pada awalnya, banyak idea yang dikeluarkan oleh guru-guru praktikal.

Atas sebab tertentu, semua idea yang diusulkan terpaksa ditolak Puan Marziah dan ini menyebabkan mereka mati akal. Ketika berada dalam keadaan tersebut, kebetulan mereka ternampak salah satu video yang dihasilkan oleh Sofyank.

Menerusi video anak muda itulah mereka mendapat idea untuk menggarap hasil karya mereka di dinding makmal komputer itu.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa potret Sofyank diletakkan sebaris bersama pakar-pakar teknologi terkemuka di dunia. Bagi beliau, pencipta kandungan asal Kelantan itu merupakan anak muda yang boleh dijadikan sebagai inspirasi kepada anak-anak murid pada zaman sekarang.

Selepas melihat potretnya diabadikan pada mural tersebut, Sofyank atau nama sebenarnya Muhammad Sofian Abdullah merasa tersentuh apabila dirinya diangkat sebagai insipirasi kepada anak muda.

“Allahuakbar, cantiknya mural art ni, tak pernah terlintas dalam diri ni untuk jadi satu karakter yang dilukis di dinding mural.

‘Terima kasih banyak-banyak cikgu dan semua yang terlibat sekali kerana sudi menjadikan karya saya sebagai sumber inspirasi kepada murid-murid yang lain walaupun apa yang saya buat sekadar content hiburan di media sosial sahaja,” katanya.

Beliau juga mengakhiri kenyataan dengan mengatakan akan terus menghasilkan lebih banyak konten untuk semua jika dilihat memberi manfaat buat semua. Di samping sedia menerima teguran dan memperbaiki konten sekiranya memberi pengaruh yang negatif.

Sumber