Bagi sejumlah besar individu yang membesar pada tahun 90-an serta awal tahun 2000, pastinya anda cukup tahu kemeriahan industri gusti WWE yang menampilkan pelbagai nama besar seperti The Rock, Stone Cold Steve Austin, Kane dan juga Undertaker.

Impak daripada industri gusti ini bukan sahaja membuatkan sukan ini mempunyai jumlah peminat yang ramai, malah turut membuatkan segelintir individu berminat untuk menceburinya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Itulah yang terjadi buat Ayez Shaukat Fonseka atau lebih dikenali sebagai Shaukat untuk meneruskan impian beliau menjadi ahli gusti profesional negara. Lebih membanggakan, penggusti berusia 34 tahun ini turut dilamar menyertai Reality Of Wrestling yang dikendalikan oleh Booker T di mana beliau tampil dengan imej memakai tanjak.

Terbaharu, sebuah pencapaian besar buat dirinya dan industri gusti tanah air apabila Undertaker selaku legenda sukan gusti profesional dan juga merupakan individu yang menginspirasikan Shaukat untuk bergusti tampil dengan sebuah video ringkas menerusi TikTok @coachshaukat dalam mengucapkan tahniah serta memberi ‘amaran’ kepada beliau.

@coachshaukat

Baik Undertaker, tolong jangan tombstone saya 🙏 #viral #malaysiaviral #fyp #indonesiaviral #prowrestler #prowrestling #wwe

♬ original sound – CoachShaukat

Untuk pengetahuan, Undertaker mengucapkan tahniah kepada Shaukat bukan sahaja atas kejayaan beliau untuk penggusti malah Shaukat turut dilabel sebagai penggusti terbaik Asia Tenggara dan lebih membanggakan, beliau tampil dengan inisiatif membuka syarikat gusti tersendiri yang bertempat di Kota Damansara.

Di sebalik ucapan tahniah yang dibuat Undertaker dengan penuh karisma dan berkarakter, para netizen nampaknya lebih tertumpu dengan ‘amaran’ Undertaker terhadap Shaukat. Tidak kurang juga yang memaklumkan akan terus menyokong perjuangan Shaukat sebagai ahli gusti profesional tanah air.

Sumber: tiktok @coachshaukat
Sumber: tiktok @coachshaukat

Kejayaan yang diperoleh Shaukat jelas menunjukkan Malaysia turut mempunyai bakat tempatan dalam industri gusti tanah air. Semoga dengan pembukaan APAC Wrestling bakal membuka ruang kepada mereka yang mahu bergusti secara profesional menyertainya sekaligus menjadi batu loncatan untuk melebarkan sayap ke negara luar.

Ikuti juga kisah Shaukat yang berjaya membuat kemunculan di Reality Of Wrestling secara lebih lanjut dengan klik pautan di bawah.

Lengkap Bertanjak, Kemunculan Shaukat Di ‘Reality Of Wrestling’ Buat Peminat Gusti Tempatan Bangga

Kagum Dengan Pakaian Penggusti Malaysia, Anak Mat Saleh Gembira Dapat ‘Hadiah’ Tanjak

Ahli Gusti Berhijab Dari Malaysia, Nor ‘Phoenix’ Diana Tersenarai Dalam Forbes 30 Under 30 Asia