Pelakon dan personaliti Ardell Aryana pada semalam meluahkan rasa syukur di Instagram miliknya setelah berjaya mengumpulkan dana berjumlah RM22,000 untuk membantu membina rumah buat sebuah keluarga asnaf.

Menurut Ardell, peruntukan sebanyak RM22,000 untuk membina ‘rumah batu’ buat keluarga berkenaan itu adalah hasil kutipan dana yang berjaya dikumpul beliau bersama pengikutnya sebelum ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Bismillah..hari ini saya turun ke tempat pakcik ini dengan kontraktor saya. Saya akan bincang untuk buat design yang cantik dan ikut bajet RM22,000.

“Alhamdulillah, kita dapat sama – sama bina rumah baru untuk keluarga pakcik ini. Insyaallah bulan ini siap rumah buat pakcik ini,” Ardell meluahkan rasa syukur di Instastory beliau.

Beliau yang merupakan isteri kepada pelakon Nadzmi Adhwa turut memuat naik gambar rumah usang yang didiami keluarga asnaf itu sebelum ini di Instastory miliknya tetapi tidak memaklumkan lokasi sebenar rumah berkenaan.

Article Day 5 (1)
Sumber: Instagram

Lengkap dengan dapur dan bilik tidur

Walaupun jumlah yang didermakan dan rumah yang bakal didirikan tidak terlalu besar namun keluarga berkenaan jelas Ardell terkejut dan sebak apabila mendapat tahu mereka akan mendapat rumah baru melalui kutipan yang dibuat mereka sebelum ini.

Rumah batu berkenaan menurutnya walaupun dibina dengan kos rendah namun masih akan dilengkapi dengan satu bilik tidur, satu tandas, kawasan dapur serta ruang tamu.

Ardell dalam hantaran di Instastory-nya itu kemudiannya turut mengucapkan terima kasih atas kepada pengikut beliau yang menghulurkan bantuan bagi membantu keluarga berkenaan.

“Walaupun rumah kos rendah tetapi Insyaallah, ia cukup selesa buat keluarga ini.

“Moga syurga buat kalian. Ini saham akhirat kita bersama,” katanya lagi.

Sementara itu, mari kita baca tentang Makcik Maznah yang viral kerana menerima sumbangan sebanyak RM70,000 dalam masa sehari. Klik pautan di bawah.

Terima Sumbangan RM70,000 Dalam Masa Sehari Kerana Viral, Cikgu Ini Kongsi Kisah Sebenar ‘Makcik Maznah’

Lengkap Berpakaian Seragam, Juruterbang Ini Buka Gerai Di Subang Demi Mahu Cari Rezeki

11 Tahun Keliling Dunia, Kisah Juruterbang Yang Kini Jadi ‘Pilot’ Van Jenazah Curi Perhatian Netizen