Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sejak beberapa tahun terakhir ini, dapat dilihat kerjaya sebagai rider penghantar makanan semakin mendapat tempat di kalangan orang ramai. Hal ini berkadar terus dengan peningkatan syarikat yang menawarkan sistem penghantaran makanan membolehkan orang ramai mampu melakukannya secara sepenuh masa mahupun freelance.

Terbaharu, tular di Singapura apabila platform Deliveroo yang sememangnya popular di negara berkenaan bersedia untuk menawarkan bonus sehingga S$18,500 (~RM56,870).

Screenshot 2021-04-16 at 5.31.46 PM
HYPE
Amalkan Gaya Hidup Sihat, Masterchef Beri Tips Untuk Anda Masak Makanan Iftar Yang Berkhasiat
Baca lagi →
deliveroo-singapore-opt-in-plastic-featured

Sumber: Vulcanpost

Difahamkan bonus besar yang ditawarkan buat rider ini diberikan sebagai tanda terima penghargaan buat rider ini yang bekerja keras dalam melengkapkan 21,500 pesanan sepanjang tiga tahun melalui Deliveroo.

Jumlah pesanan yang tertinggi dibuat oleh lelaki berusia 33 tahun ini sekaligus menjadikan beliau rider terbaik Deliveroo dengan purata penghantaran makanan kepada pelanggan sebanyak 30 sehingga 40 pesanan sehari.

Mengulas mengenai bonus besar yang bakal diterima, rider yang dikenali sebagai Chan ini memaklumkan beliau sedia membelanjakan wang berkeaan untuk kebajikan buat mereka yang memerlukan dan bakinya bakal dilaburkan.

Selain itu, dimaklumkan Deliveroo turut sedia memberi bonus sebanyak S$370 (~RM1,137) kepada pada rider yang berjaya lengkapkan 2,000 pesanan dalam tempoh sekurang-kurangnya setahun.

Tular pada minggu ini apabila Jalil Rasheed yang baru sahaja dilantik sebagai CEO Kumpulan Berjaya tidak menunggu lama dalam mendapatkan 70 juta saham Berjaya bernilai RM20.3 juta.

Baru Sahaja Dilantik Sebagai CEO, Jalil Rasheed ‘Borong’ 70,000,000 Saham Berjaya Bernilai RM20.3 Juta

Myvi ‘Terbang’ Elak Terjunam Dalam Longkang Besar Raih Perhatian Netizen

Anda Mungkin Suka