Berjaya menerima bilangan pengunjung yang terlalu ramai telah mendesak Malaysia Airports Holdings Bhd (BHD) untuk meluaskan dua lapangan terbang Malaysia untuk menampung peningkatan jumlah pengunjung.

Menurut laporan daripada pengarah urusan MAHB, Datuk Badlisham Ghazali pembangunan KLIA3 mungkin bakal dibuat namun bukan dalam jangka masa terdekat ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
pengarah urusan MAHB, Datuk Badlisham Ghazali

MAHB setakat ini lebih berminat untuk meluaskan terminal KLIA serta KLIA2 dalam usaha untuk menampung jumlah pengunjung yang semakin meningkat. Mereka juga akan lebih bertanggungjawab dalam menguruskan bagasi pengguna dan beberapa sistem lain.

Berdasarkan rekod, KLIA telah menerima 58.5 juta pengunjung pada tahun 2017 manakala KLIA2 berjaya menerima 30.3 juta pengunjung. Masing-masing berjaya menunjukkan peningkatan melebihi 10% berbanding 2016.

Selain itu Terminal Lapangan Terbang Subang turut menerima tempias yang sama setelah menerima jumlah pengunjung melebihi kapasiti.

KLIA dijangka menerima 89 juta pengunjung setahun menjelang 2020

Diharap dengan penambahan keluasan KLIA dan KLIA2, masalah melibatkan jumlah pengunjung yang padat di lapangan terbang dapat dikurangkan sebelum KLIA3 dibangunkan beberapa tahun akan datang.