Untuk mendapatkan berat badan ideal bukanlah mudah kerana perlu menjalani hidup yang seimbang dari segi pemakanan dan juga senaman. Akan tetapi, bagi golongan yang ‘underweight’ sering berdepan kesukaran untuk menaikkan berat badan mereka.

Terbaharu, sebuah video perkongsian @irdinaa.h tular di TikTok dimana memaparkan dirinya bangga apabila berjaya untuk naikkan berat badannya sebanyak 1KG.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@irdinaa.h

as an underweight person, it is an achievement 🥲 #fypシ #weightgain

♬ nhạc nền – 15schill – 15schill

Menerusi video itu, Irdina yang merupakan salah seorang tergolong dalam kelompok underweight telah dia berkongsi kegembiraannya apabila berjaya naik iaitu dari 38kg ke 39kg dalam masa sebulan. Untuk pengetahuan anda, bukanlah mudah bagi mereka yang tergolong dalam kelompok ‘underweight’ untuk mendapatkan BMI yang ideal.

Perkongsiannya itu telah mendapat perhatian netizen dan rata-rata memuji pemikiran positifnya dan turut berasa gembira dengan pencapaiannya itu. Malah, ada juga netizen yang mengatakan berdepan masalah sama dan berharap akan dapat BMI ideal seperti diharapkan.

Malah, para netizen turut mengatakan bahawa pernah juga berasa stress kerana sering diejek disebabkan ‘underweight’. Rata-rata netizen juga berharap gadis tersebut akan sentiasa gembira dan kekal positif dengan keadaan dirinya.

Sementara itu, kami kongsikan kepada anda artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

‘Semalam Bila Rosak?’- Reaksi Pekerja Pizza Hut Bersabar Dengan Pertanyaan Pelanggan Raih Perhatian Netizen

Alasan Filem Persilatan ‘Syahadan’ Ditolak Untuk Tayangan Di Stesen TV Berbayar Jadi Bualan Netizen

Wanita Ini Lukis Stesen KTM Guna Microsoft Excel, Hasilnya Buat Netizen Tergamam