Pelari pecut wanita negara, Zaidatul Husniah baru-baru ini berjaya mencipta rekod terbaru buat negara iaitu 11.35 saat sekaligus memecahkan rekod atlet kebangsaan, G Shanti dengan catatan 11.50 saat pada 7 Mei 1993 dalam acara 100 meter pada Kejohanan AGN League 7 di Pretoria, Afrika Selatan pada Sabtu lepas.

Namun begitu, rekod terbaru itu hanya mampu diraikan sejam selepas tamat larian apabila pengajur memaklumkan rekod tersebut tidak diiktiraf kerana mendapat bantuan angin +2.5 saat. Menurut olahraga antarabangsa, catatan masa yang menerima bantuan angin yang diluluskan hanyalah sebanyak +2s ke bawah sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Oleh itu, Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim berkata, tiada rekod baharu kebangsaan dalam 100 meter wanita kerana catatan masa Zaidatul Husniah tidak diiktiraf akibat mendapat bantuan angin +2.5 saat. Dalam satu laporan yang lain, pelari kelahiran Pulau Pinang berusia 24 tahun itu berkata bahawa beliau langsung tidak menjangka berjaya mencipta rekod baru.

“Sebenarnya saya cuma sasarkan untuk cuba melakukan catatan masa terbaik. Tapi larian saya pada saringan itu agak bagus dan dapat memecahkan rekod kebangsaan,” katanya.

Apa pun, kami di Vocket mengucapkan tahniah kepada Zaidatul Husniah diatas pencapaian terbaik anda.

Sumber