Amalan mencapai jumlah retweet (perkongsian) di media sosial sebagai balasan bagi  mendapatkan sesuatu bukanlah satu perkara baru dalam kalangan netizen. Ia seperti sudah menjadi satu trend dalam kalangan orang ramai.

Namun bezanya kali ini, ia bukanlah berapa banyak retweet yang perlu dicapai untuk mendapatkan makanan ataupun smart phone tetapi berapa jumlah retweet yang perlu didapatkan remaja berusia 16 tahun ini untuk menaiki kereta Ford Mustang GT500 milik Wak Doyok.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut laporan Mstar, remaja tersebut, Ahmad Syakir Mohd Ghani perlu meraih 20,000 retweet seperti yang dijanjikan bersama selebriti itu melalui perbualan mereka di Instagram bagi membolehkan beliau menaiki kereta sport milik usahawan itu.

“Saya DM (direct message) Wak Doyok pada hari Jumaat. Random saja sebab nampak dia post pasal kereta. Tak sangka dia akan balas, sebab dia ada ramai pengikut (followers).

“Lepas dah capai 20,000 Retweet, Wak Doyok kata kepada saya janji harus ditepati, tapi waktu belum set lagi.

Bermula dengan chicken nuggets

Amalan ini pada awalnya digunakan di negara seperti Amerika Syarikat dengan netizen selalu ‘meminta’ makanan daripada francais makanan segera dengan mendapatkan jumlah retweet yang banyak.

Antara kejadian terawal dalam amalan meminta produk atau perkhidmatan yang ditawarkan sesuatu perusahaan itu bermula dengan permintaan seorang lelaki yang bertanyakan kepada Wendy’s berapa retweet yang perlu didapatkan bagi mendapatkan nuget percuma sepanjang tahun.

wendys
Twitter @carterjwm

Sebagai contoh, jika mereka mengidam untuk memakan makanan yang dijual Kedai A, netizen ini akan menghubungi pihak kedai melalui media sosial. Netizen kemudiannya akan bertanya berapa jumlah Retweet atau perkongsian yang perlu diperolehi mereka di media sosial bagi mendapatkan makanan tersebut.

Selepas menetapkan berapa jumlah perkongsian yang perlu diperolehi, mereka kemudiannya berkongsi ‘screenshot’ perbualan tersebut di media sosial dan mencuba mendapatkan jumlah akhir seperti dipersetujui bersama kedai tadi.

Baca mengenai helmet edisi khas Mobile Suit Gundam di Thailand ini yang dijual dengan harga tidak sampai RM500. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Jenama Thailand Hasilkan Helmet Mobile Suit Gundam Edisi Terhad

Pemuda Ini Dikecam Selepas Iklankan Motosikal RX-Z Dengan Harga Mencecah RM70,000

Ditegur Polis Ketika Sedang Bergambar, Telatah Lelaki Ini Undang Ketawa Netizen

Sumber