Pada malam semalam berlangsungnya acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-34 dengan mematuhi SOP disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL).

Pelbagai anugerah diberikan kepada artis-artis yang berjaya mengharumkan industri hiburan tanah air. Trofi Bintang Paling Popular untuk anugerah berprestij pada tahun ini dimenangi oleh artis berbakat, Janna Nick.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Artis yang baru berusia 26 tahun itu meraih sekitar 86,374,777 undian bagi membolehkannya membolot trofi Bintang Paling Popular pada malam semalam. Namun kemenangan tersebut telah mendapat pertikaian oleh para netizen di seluruh media sosial.

Dengan jumlah rakyat Malaysia yang hanya ada sekitar 32.75 juta sahaja, orang ramai mempertikaikan bagaimana Janna Nick boleh meraih undian sehingga melebihi 86 juta.

Sumber Gambar: Facebook Utusan Online
Sumber Gambar: Facebook Utusan Online
Sumber Gambar: Facebook Utusan Online
Sumber Gambar: Facebook Utusan Online
Sumber Gambar: Facebook Utusan Online

Namun persoalan yang ditimbul dikalangan para netizen terjawab akhirnya, apabila ada seorang pengguna media sosial berkongsi bagaimana rakyat Malaysia yang sedikit telah menyumbangkan jumlah undian besar kepada Janna Nick.

Menurutnya, setiap individu diberikan undian percuma dan setiap undian tersebut terhad kepada 20 undian dalam masa 10 minit sahaja. Dalam erti kata lain, setiap pengundi berpeluang mengundi Janna Nick sebanyak 20 undian dalam tempoh 10 minit.

Perkara tersebut telah dijelaskan di dalam laman web khas yang memaparkan cara-cara untuk mengundi calon-calon dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-34 ini.

Sumber Gambar: Laman Web ABPBH

Dengan cara pengundian tersebut, maka tidak hairanlah jika jumlah undian yang diterima oleh Janna Nick melebihi daripada jumlah rakyat Malaysia yang ada ketika waktu ini.

Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada Janna Nick kerana berjaya merangkul trofi anugerah ‘Bintang Paling Popular’ pada tahun ini. Semoga kejayaan ini dapat memberikan dorongan kepada Janna Nick untuk terus mengembangkan bakat serta menyinar di dalam industri hiburan tempatan.

Sementara itu, anda bolehlah melihat fesyen-fesyen unik yang digayakan oleh artis-artis semasa acara ABPBH Ke-34 berlangsung pada malam semalam.

Versatil Dan Bergaya, Lihat Fesyen Yang Digayakan Para Artis Ketika Acara ABPBH Ke-34

Dilabel ‘Mangsa Fesyen’, Pakaian Aina Abdul Di ABPBH 34 Curi Tumpuan Netizen