Sudah menjadi kewajipan buat setiap pemilik kenderaan di Malaysia dikenakan cukai jalan serta insurans. Mendapatkan insurans kenderaan secara tidak langsung dapat melindungi kenderaan anda ketika ditimpa musibah atau kemalangan.

Dalam pada itu, kami yakin ramai daripada anda yang mungkin menghadapi kesuntukan masa dalam memperbaharui cukai jalan dan insurans. Mana tidaknya, gaya hidup yang sibuk terkadang membuatkan anda terlepas pandang dengan perkara-perkara seperti ini.

Jangan risau, kami juga pernah mengalami situasi yang sama seperti anda. Mujur sangat sekarang ini Malaysia sudah mempunyai syarikat perkhidmatan seperti Berjaya Sompo Insurance yang menawarkan insurans kereta SOMPO Motor.

Mengapa SOMPO Motor?

Motor_web-banner-sompo-motor

Menerusi SOMPO Motor, Berjaya Sompo Insurance berhasrat untuk membantu pengguna mendapatkanpakej insurans kereta yang berbaloi serta responsif khusus buat semua pemilik kenderaan.

Mengulas mengenai syarikat ini, Berjaya Sompo Insurance adalah kerjasama antara Berjaya Group dan Sompo Holdings (Asia) Pte. Ltd. Kerjasama ini secara tidak langsung menjamin keyakinan pengguna dalam mendapatkan perkhidmatan daripada syarikat ini.

Sepantas 3 minit, insuran kenderaan anda sudah siap diperbaharui

pexels-negative-space-97075

Melalui SOMPO Motor, para pemilik kenderaan berpeluang memperbaharui kenderaan dengan sepantas 3 minit sahaja. Serius, memang pantas!

Bukan itu sahaja, Berjaya SOMPO turut menawarkan pelan perlindungan kepada motorsikal secara online yang merangkumi perlindungan daripada aspek kecurian, terbakar, kerosakan serta kemalangan.

Turut menawarkan perlindungan daripada bencana alam

cara-selamatkan-enjin-kereta-dari-banjir-2-1200×900

Perlindungan daripada bencana alam seperti banjir, ribut, tanah runtuh dan sebagainya turut ditawarkan sehingga RM10,000 atau 20% daripada nilai yang diinsuranskan, yang mana lebih rendah, tanpa sebarang kos tambahan. Mungkin ini adalah insurans kereta yang dicari-cari anda khususnya buat mereka yang berada di kawasan yang berisiko tinggi.

Tiada penolakan kelayakan Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) dikenakan untuk penundaan kereta

sompo-4-c

Dengan membayar insurans kereta, sudah pastinya anda mahukan servis yang terbaik daripada syarikat insurans serta mahu bebas berfikir perkara yang bakal menyukarkan anda ketika mengalami kerosakan atau kemalangan kenderaan.

Begitu juga dengan insurans kereta SOMPO Motor yang mahu membantu pengguna yang mengalami kerosakan atau kemalangan kenderaan dimana syarikat ini menawarkan servis menunda kereta tanpa memberi kesan terhadap kelayakan NCD.

Pemilik kenderaan sudah pasti boleh menarik nafas lega setelah mengetahui syarikat ini turut menawarkan servis meskipun kereta ditunda berkali-kali dalam setahun.

Tanggungan alat tukar ganti kenderaan dengan waranti sehingga 12 bulan

pexels-pixabay-35967

Sebuah lagi ciri yang sangat berbeza dan tidak ditawarkan bagi sesetengah syarikat insuran kenderaan lain adalah melalui SOMPO Motor, sekiranya alat tukar ganti kenderaan anda mengalami masalah selepas dibaik pulih, anda berpeluang menukarnya secara percuma dengan waranti sehingga 12 bulan.

Dalam erti kata lain, fikiran anda pastinya bebas daripada memikirkan soal penukaran alat tukar ganti kenderaan yang tidak original atau mengalami masalah.

Cara-cara menyemak bayaran premium insuran kenderaan anda daripada Berjaya SOMPO Insurance Online

Screen Shot 2020-08-14 at 6.35.00 PM

Caranya mudah sahaja, apa yang perlu anda lakukan anda layari laman web Berjaya SOMPO Insurance dengan klik di sini untuk kereta dan di sini untuk motorsikal. Seterusnya masukkan nombor kad pengenalan, poskod serta nombor plet kenderaan anda. Semudah itu sahaja, anda berpeluang mendapatkan harga premium insuran yang rendah. Mudah bukan?

Buat anda yang berminat untuk perbaharui insuran kenderaan anda dengan pantas serta tidak mahu berbelanja besar mungkin SOMPO Motor pilihan yang perlu anda pertimbangkan.

Tunggu apa lagi? dapatkan sebut harga secara online sekarang.

Insurans SOMPO Motor

Insurans Motorsikal

Ketahui juga dengan pelan perlindungan keluarga yang boleh anda dapatkan dengan harga serendah RM37 sahaja sebulan.

Serendah RM37 Sebulan, Ini Perlindungan Perubatan Yang Baik Dan Berbaloi Untuk Anda Sekeluarga

https://www.thevocket.com/sepantas-5-minit-anda-sudah-berpeluang-mendapatkan-pelan-perlindungan-daripada-covid-19/