Selaras dengan perletakan jawatan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada semalam, barisan ahli kabinet dan kesemua menteri yang telah dilantik pasca Pilihan Raya Umum ke 14 pada Mei 2018 yang lalu secara automatiknya telah pun terbubar.

Secara asasnya, Malaysia kini masih ditadbir oleh Dr Mahathir sebagai perdana menteri interim, namun barisan-barisan menteri daripada kerajaan Pakatan Harapan kini dikosongkan sementara menunggu pembentukan kerajaan baru.

Walaupun ramai yang teruja untuk melihat pembentukan kerajaan baru, namun tidak kurang juga ada yang bersedih dengan pembubaran kabinet dan apa yang berlaku dalam landskap politik di negara kita.

Terutama sekali dengan pemergian Menteri Kesihatan Malaysia, Dr Dzulkefly Ahmad yang kini tidak lagi menggalas tugas sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap isu kesihatan negara.

Dalam satu ciapan di Twitter pada semalam, Dr Dzulekfly menulis “tweet terakhir saya sebagai Yang Berhormat Menteri Kesihatan. Terima Kasih!”.

Bagi anda yang kurang maklum, Dr Dzulkefly adalah antara orang penting dalam menangani epidemik Coronavirus (Covid-19) sebelum ini di negara kita bersama-sama dengan kakitangan Kementerian Kesihatan.

Beliau bukan sahaja mampu menangani isu tersebut dengan cemerlang sehingga mendapat pujian daripada pihak luar negara, tetapi juga tidak pernah ketinggalan untuk memberikan kemas kini mengenai status semasa virus tersebut di negara kita melalui laman media sosialnya.

Malah dalam ciapan terakhirnya sebagai menteri kesihatan pada semalam juga masih memberi update tentang status pesakit yang menghidap Covid-19 di negara kita tatkala sebahagian besar ahli-ahli politik yang lain sibuk dengan peralihan kuasa kerajaan.

Belum pun sampai 24 jam beliau ‘meninggalkan’ posisinya sebagai menteri kesihatan, ruangan reply di Twitternya dihujani dengan komen-komen dari rakyat Malaysia yang mengucapkan terima kasih di atas jasanya sebelum ini.

photo_2020-02-25_09-45-33 photo_2020-02-25_09-45-29

Pemergian Dr Dzulkefly sebagai menteri kesihatan bukan saja dibicarakan di Twitter malah Malaysiakini pada hari ini turut melaporkan sudah ada cadangan daripada Pengerusi Strategi Bersatu, Rais Hussin untuk melantik kembali Dr Dzulkefly sebagai menteri kesihatan interim sementara menunggu kabinet dibentuk.

Menurut Rais, perkara tersebut adalah penting bagi mengawal situasi terkini Coronavirus (Covid-19) dalam negara kita. Tatkala sebanyak 2,600 kematian sudah dicatatkan di seluruh dunia akibat Covid-19, negara kita pula di bawah pemerhatian KKM berjaya merekodkan 20 pesakit daripada 22 orang telah pulih daripada wabak berkenaan.

Sepanjang hampir dua tahun bersama Kementerian Kesihatan, Dr Dzulkefly sebelum ini bukan sahaja mampu menangani penyebaran wabak Covid 19 dengan baik, malah turut memperkenalkan beberapa polisi seperti larangan merokok di kedai makan sebelum ini yang mendapat pujian ramai rakyat Malaysia.

https://twitter.com/farahkhairuddin/status/1231868268920500224?s=20

Dengan ada netizen yang masih berharap agar Dr Duzlkefly dilantik kembali sebagai Menteri Kesihatan dalam kabinet kerajaan yang baru, namun segalanya masih tampak samar dengan pihak-pihak terlibat masih belum mencapai kata putus dalam pembentukan kerajaan yang baru.

Baca perkongsian kami sebelum ini mengenai peralihan kuasa kerajaan Malaysia yang hangat dibicarakan beberapa hari kebelakangan ini di sini. Klik pautan untuk membaca. 

Tun Mahathir Dilaporkan Serah Surat Peletakan Jawatan Sebagai Perdana Menteri Kepada YDPA

Tiada PM Ke-8 Setakat Ini, Tun Mahathir Dilantik Perdana Menteri Interim

11 Ahli Parlimen PKR Keluar Parti, Bentuk Blok Bebas Parlimen Bersama Azmin Ali

Sumber