Pamungkas, penyanyi Indonesia yang terkenal dengan keunikan suara dan bait lirik yang menawan telah menjayakan konsert pertama di Malaysia. Pihak The Vocket difahamkan bahawa hampir 3,000 penonton yang hadir ke acara terbabit.

Berlangsung di Mega Star Arena, konsert BIRDY – The Southeast Asia Tour telah dibuka dengan alunan muzik gaya post rock daripada Francoe Sound. Alunan muzik experimental dari kumpulan ini telah membawa penonton ke satu dunia lain yang penuh dengan rasa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tidak lama selepas itu, Pamungkas masuk dengan sorakan ribuan penonton. Alunan lagu dan lirik berkumandang di setiap bibir penonton. Suara Pamungkas dan peminatnya bergabung dalam satu ruang yang galau, ruang di antara terus berharap atau perlu melepaskan.

“Saya datang dari Ipoh, mula layan Pamungkas waktu PKP satu lagi. Tak sangka dapat tengok dia depan-depan hari ini,” kata salah seorang penonton. “Only One lagu yang paling saya suka. Lagu Pamungkas ni sesuai untuk orang sendu, galau atau kena tinggal dengan kekasih,” kata yang penonton lain.

Pamungkas’ BIRDY – The Southeast Asia Tour, Live in KL dibawa ke Malaysia oleh
penganjur, Tala Records Asia, SoundScape dan Maspam. Kuala Lumpur adalah destinasi ketiga selepas Thailand dan Filipina.

Sejak menceburi industri muzik dengan album pertamanya pada 2018, ‘Walk the Talk’, Pamungkas telah menyusun jalannya sendiri. Kini dia mempunyai empat album, termasuk ‘BIRDY’ yang terbit pada 16 Jun 2022, album keempat ini menandakan seorang Pamungkas yang lebih matang, bijak dan dalam masa yang sama masih memegang rasa ingin tahu dan mencuba sesuatu yang baharu.

Enjoy koleksi foto yang sempat The Vocket ambil sewaktu menghadiri acara ini semalam.

Konsert dibuka oleh Francoe Sound – Aiman/Vocket
Francoe Sound, band yang wajib rakyat Malaysia dengar dan tonton. Meremang! – Aiman/Vocket
Antara penonton yang hadir menonton Pamungkas – Aiman/Vocket
Pamungkas banyak mencipta rekod yang luar biasa sehingga berjaya menempa nama di negara-negara luar – Aiman/Vocket
Sebahagian penonton di konsert Pamungkas’ BIRDY The Southeast Asia Tour, Live in KL – Aiman/Vocket
Lagu Pamungkas berjaya berada di carta Top 50 Indonesia lebih dari 10 minggu – Aiman/Vocket
Pendengar lagu-lagu Pamungkas bertambah dari 200,000 pendengar kepada 5 juta pendengar di Spotify – Aiman/Vocket
Gaya penulisan lagunya diilhamkan oleh duo hebat Lennon/McCartney, John Mayer, Sondre Lerche dan Bob Dylan – Aiman/Vocket
Muziknya turut dibentuk oleh gaya elektronik moden seperti Disclosure, FKJ, Maggie Rogers, Jacob Collier, Rex Orange County dan Ruby Empress – Aiman/Vocket
Pamungkas mengucapkan terima kasih kepada penonton yang hadir ke konsert beliau semalam. Ini merupakan kali pertama beliau hadir ke Malaysia dan sudah pasti, bukanlah yang terakhir – Aiman/Vocket

Pengalaman saya menonton konsert ‘sold out’ hebat Siti Nurhalizi di Axiata Arena. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Pengalaman Saya Menonton Konsert ‘Sold Out’ Hebat Siti Nurhaliza Di Axiata Arena

Lebih 5,000 Peminat Hadir Menyaksikan Konsert Hebat Hujan x Masdo

Konsert Dewa 19 Ditambah Satu Malam, Tarikh Sehari Awal Buat Peminat Tegar Kecewa