Biasanya kita dikhayalkan dengan kejayaan pelabur dari negara Barat dengan pelbagai kaedah yang tersendiri. Sering kita lupa sebenarnya negara Asia juga sangat hebat dalam berdagang dalam pasaran kewangan. Malah, teknik candlestick yang kita guna hari ini asalnya dari Honma Moniesa, seorang pedagang dari Jepun.

Jika di Barat, kita ada Nicholas Darvas dan Dan Zanger yang mengembangkan dana dari $10,000 kepada jutaan dollar. Situasi yang sama turut dirasai oleh pedagang dari Jepun iaitu Takashi Kotegawa atau dengan nama gelarannya BNF. Nama tersebut menurut sumber diambil sempena nama lagenda Wall Street suatu masa dahulu iaitu Bernard Basnuch.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Apa yang menarik tentang BNF?

Tahun 2001 merupakan tahun yang amat malang untuk sebuah firma pelaburan di mana mereka melakukan kesilapan teknikal. Ketika mereka ingin menjual salah satu saham dalam portfolio iaitu J-com dengan harga $61,000 seunit, mereka telah key-in harga jualan dengan harga serendah $1 menyebabkan firma tersebut rugi begitu sahaja dalam sehari.

Dalam setiap kerugian pasti ada mereka yang untung. Itulah dia lelaki yang sedar dan cakna mengenai perkara ini. Kesilapan teknikal sebuah firma pelaburan tersebut menyebabkan lelaki ini mendapat keuntungan jutaan dollar dengan hanya satu transaksi hingga beliau digelar ‘J-comman’.

Dalam tempoh kira-kira 8 tahun, beliau pernah untung jutaan dollar sehari dan hingga kini mengembangkan dana sendiri kepada $153 juta. Menurut sumber, umur beliau ketika ini adalah 40 tahun dan berjaya membeli 2 bangunan mewah di kota Tokyo secara tunai.

Walau bagaimanapun, ada yang ‘pelik’ dengan BNF. Salah satunya beliau tidak minat untuk melancong ke luar negara dan gedung mewah.

Apabila ditanya kehidupan beliau, BNF memaklumkan beliau tidak ada keinginan untuk bermewah-mewahan seperti mana orang lain. Faktor sebenar beliau dalam pasaran adalah kerana passion dan minat yang sangat mendalam dengan pergerakan pasaran.

Untuk pengesahan, boleh tonton video wawancara bersama BNF yang dikendalikan oleh sebuah stesen television Jepun.

https://www.youtube.com/watch?v=dg-IVrDwXX0

Apa yang kita boleh belajar daripada kisah BNF

1. Kaya tak semestinya wajib hidup di luar kebiasaan

Sesetengah orang merasakan kekayaan harus datang hadir dalam hidup berupa wang harta benda walhal kaya itu subjektif. Kehidupan yang ringkas dan melakukan apa yang kita minat juga salah satu daripada kekayaan yang harus kita raikan.

2. Disiplin mengatasi segalanya dalam pekerjaan

Apabila tanya mengenai sebab tidak melancong, BNF dengan tenang menjawab kehidupan beliau sangat minimal dan rutin harian masih sama sebelum atau selepas memiliki akaun jutaan dollar.

3. Bermula kecil dan faham bahawa segala proses memerlukan masa

Bermula dengan akaun $14,000, BNF faham dengan sistem trading yang bagus pastinya mengambil masa yang panjang. Tiada kekayaan segera dalam hidup lebih lebih lagi dalam dunia pelaburan melibatkan pengurusan risiko.

Jelas pelaburan bukanlah perjudian seperti di Las Vegas, ianya memerlukan ilmu serta sistem yang baik, disiplin peribadi yang mantap serta pengurusan emosi yang bagus.

Menerusi perkongsian yang dibuat, diharap orang ramai dapat mengambil iktibar terhadap kisah BNF selepas mendapati sudah menjadi kewajipan pada masa kini di mana mereka yang kaya-raya mempamerkan kemewahan mereka di media sosial untuk tontonan khalayak ramai.

Tular pada minggu ini apabila wanita tempatan ini berjaya menarik perhatian netizen selepas berjaya melukis Stesen KTM dengan hanya menggunakan Microsoft Excel sahaja.

Wanita Ini Lukis Stesen KTM Guna Microsoft Excel, Hasilnya Buat Netizen Tergamam

Sangka ‘Duit Tarik’ Sudah Termasuk Harga Kek, Perbualan Penjual Sama Pembeli Ini Buat Netizen Terhibur