Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Israel telah bersetuju untuk memberi 5,000 dos vaksin COVID-19 kepada Palestin bagi tujuan imunisasi pekerja perubatan, lapor pejabat Pertahanan Israel Benny Gantz pada hari Ahad, lapor Arab News.

Ini merupakan pertama kali Israel mengesahkan pemberian vaksin kepada Palestin yang jauh ketinggalan sejak Israel memulakan kempen vaksin.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu dan kumpulan hak asasi manusia menyuarkan kebimbangan dan meminta Israel untuk bertanggungjawab kepada rakyat Palestin di kawasan Tebing Barat dan Jalur Gaza.

Namun, Israel berkeras mengatakan bahawa di bawah perjanjian damai sementara yang dicapai pada tahun 1990-an, pihaknya tidak bertanggungjawab terhadap rakyat Palestin dan dalam hal apa pun.

Israel dalam kenyataan Ahad lalu menyatakan bahawa mereka bersetuju akan memberi vaksin kepada Palestin. Tetapi tidak menyatakan bila pemberian itu akan berlaku.

Israel adalah salah satu negara yang telah memulakan kempen vaksin setelah berjaya memperoleh perjanjian vaksin dengan Pfizer dan Moderna. Kementerian Kesihatan menyatakan hampir satu pertiga daripada 9.3 juta orang Israel telah menerima dos pertama vaksin.

Kempen ini merangkumi warga Arab Israel dan Palestin yang tinggal di Yerusalem timur. Tetapi warga Palestin yang tinggal di Tepi Barat di bawah pemerintahan Palestin dan mereka yang tinggal di bawah pemerintahan Hamas di Gaza tidak termasuk di dalam kempen tersebut.

Pihak berkuasa Palestin difahamkan telah berusaha untuk memperoleh vaksin melalui program WHO yang dikenali sebagai COVAX. Tetapi program yang bertujuan untuk membantu negara-negara miskin yang memerlukan itu akan bermula lambat.

Terdahulu, Israel dilaporkan telah meminta bantuan dari negara Islam selepas tidak cukup fasiliti untuk melawan COVID-19. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Tidak Cukup ‘Tangan’ Lawan COVID-19, Israel Mula Minta Bantuan Negara Islam

Airbnb Antara Firma Dari Amerika Yang Menyokong Penjajahan Israel Ke Atas Palestin

Ketua Agama Yahudi Israel Dakwa Vaksin COVID-19 Buatkan Lelaki Menjadi Gay

Anda Mungkin Suka