Baru-baru ini, bencana banjir yang berlaku secara tiba-tiba telah melanda di beberapa negeri dan haiwan peliharaan yang dipelihara terpaksa menyelamatkan diri mereka apabila tuan mereka tidak dapat menyelamatkan serta membawa mereka ke tempat selamat disebabkan banyak faktor.

Terbaharu, sebuah video tular di media sosial memaparkan seorang pak cik yang bertemu semula dengan kucing peliharaannya selepas 5 hari terpisah ketika banjir. Menerusi perkongsian pengguna Facebook Aziah Lia, kucing bapanya dijumpai dalam keadaan selamat apabila sempat berlindung di atas siling rumah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Akan tetapi, kucing tersebut ditemui lemah kerana tidak makan ketika banjir menenggelamkan kediaman. Dapat dilihat menerusi video itu, pak cik itu menangis sambil memeluk kucingnya lalu segera mencari makanan untuk kucingnya kerana kelihatan tidak berdaya.

Difahamkan, mereka telah membawa kucing yang berusia 18 tahun itu ke klinik haiwan untuk diberikan rawatan kerana keadaannya sangat lemah tetapi kemudian kucing itu telah mati dipangkuan pak cik tersebut. Video itu telah mendapat perhatian orang ramai terutama sekali pencinta haiwan dan rata-rata netizen tidak dapat menahan rasa sedih melihat video itu.

https://twitter.com/eejytcxt/status/1476353430536867840

Malah, para netizen turut berasa terharu kerana kucing itu berjuang hidup untuk berjumpa tuannya buat kali terakhir. Tidak hanya itu, rata-rata netizen fahami perasaan tuan kucing itu kerana kucing peliharaan sudah seperti keluarga sendiri.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan banjir pada pautan di bawah ini.

Kerajaan Beri Baucar RM1,000 Untuk Mangsa Banjir Baik Pulih Atau Ganti Kenderaan

Kesian Dan Lucu, Netizen Kagum Lihat Usaha Pemuda Ini Hasilkan ‘Home Office’ Dalam Banjir

Kesal Barangan Dibuang, Rintihan Mangsa Banjir Ini Terhadap ‘Bantuan’ Segelintir NGO Raih Perhatian Netizen