Seorang lelaki telah bertindak meletakkan batu nisan di dalam lubang besar di tengah jalan telah mendapat perhatian orang ramai di media sosial.

Gambar yang dimuatnaik oleh Facebook Brotherhood Shah Alam itu telah menunjukkan seorang lelaki membina ‘kubur’ dari salah sebuah lubang besar di tengah jalan sekitar Klang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ia ditujukan kepada Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan batu nisan itu dikatakan simbol bagi kehidupan pengguna jalan yang berisiko untuk mengalami kecederaan disebabkan jalan yang berlubang.

Selepas gambar itu viral, pihak berkuasa yang bertanggungjawab membaik pulih jalan tersebut telah hadir untuk memperbaiki lubang tersebut dalam masa kurang dari 12 jam. Sebuah video telah disiarkan di laman Facebook Brotherhood Shah Alam menunjukkan bahawa lubang itu telah dibaiki oleh pihak berkuasa.

Ikatan Silaturrahim Ikhwan adalah kumpulan aktivis keselamatan jalan raya yang terkenal dengan kerja-kerja amal seperti membaiki jalan menggunakan dana mereka sendiri.

Misi utama Brotherhood Shah Alam adalah untuk menyelamatkan nyawa pemandu kenderaan di Malaysia. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Kumpulan Brotherhood Kembali Membantu Penunggang Motorsikal Malang

Padah Tunggang Motor Dengan Aksi Superman, Gadis Berusia 17 Tahun Ditahan Polis

Motorsikal Saya Tersadai Tepi Jalan Semalam, Dan Ini Apa ‘Brotherhood’ Buat