Dalam setiap kondominium, banyak kemudahan disediakan untuk para penduduknya seperti kolam renang. Bayangkan anda sedang seronok menggunakan kemudahan sedia ada tetapi ada individu yang melakukan ‘aksi’ tidak senonoh, apa yang anda akan lakukan?

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @mooniee212 telah berkongsi sebuah video memaparkan dirinya sedang seronok berenang di kolam renang bersama rakannya. Akan tetapi, keadaan bertukar cemas apabila ada seorang lelaki masuk ke kolam renang dan mengejutkan apabila lelaki itu tidak berpakaian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@

♬ –

Bukan itu sahaja, gadis tersebut ternampak kemaluan lelaki itu, lalu mereka yang terkejut mengambil keputusan untuk beredar dari kolam itu. Tindakan tersebut diambil kerana mereka berasa takut berdepan dengan situasi itu.

Video tersebut menjadi perhatian ramai dan mengundang pelbagai reaksi netizen. Rata-rata netizen turut berasa terkejut dengan situasi yang dialami oleh gadis tersebut dan mengatakan berasa tidak selamat.

Bukan itu sahaja, ada juga mereka yang duduk di kondominium sama berharap tidak akan berdepan situasi yang sama. Malah, para netizen turut menyarankan gadis itu membuat laporan kepada pihak pengurusan berhubung isu tersebut.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan gadis berdepan detik cemas di stesen minyak pada pautan di bawah. 

‘Nasib Baik Kunci Pintu’- Wanita Ini Kongsi Detik Cemas Selepas Kereta Dihalang Di Stesen Minyak

‘Diekori’ Rapat Kereta Tidak Dikenali, Perkongsian Detik Cemas Wanita Ini Raih Perhatian Netizen

Wanita Ini Kongsi Detik Cemas Hampir Kena ‘Scam’ Dan Dikepung Oleh Individu Tidak Dikenali