Semalam kecoh di media sosial apabila sedutan video Instagram Live memaparkan pengasas produk kosmetik, Safiey Illias yang didakwa berkelakuan lucah di hadapan dua kanak-kanak bawah umur.

Bukan itu sahaja, Safiey turut mempertontonkan cara menghisap rokok elektronik kepada remaja terbabit ketika sesi ‘live’. Lantaran itu, seorang pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Professor Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar telah membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Baru Bangi semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, polis sudah menahan Safiey Illias selepas menerima satu laporan polis berhubung perbuatannya itu. Malah, pihak polis akan mendapatkan perintah tahanan reman hari ini bagi membantu siasatan.

Tambahnya, perbuatan Safiey boleh ditakrifkan sebagai komunikasi lucah dan amang seksual kerana membabitkan kanak-kanak bawah umur. Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 12(1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Didakwa Tidak Ikut SOP, Netizen Kurang Senang Dengan Program Hiburan Libatkan 50 Juri

Bakal Disiasat Kerana Dakwaan Langgar SOP, Tayangan Program Hiburan Ini Dihentikan Sementara

Peminat Sebak Dan Sedih Tonton Sedutan Episod Terakhir Lee Kwang Soo Dalam Running Man

Sumber