Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Penularan wabak pandemik COVID-19 masih belum berjaya dikawal sepenuhnya di Malaysia dan suntikan vaksin dilihat sebagai ‘jalan keluar’ terbaik ketika ini. Setiap hari kes meningkat dan pastinya ramai yang pelik bagaimana wabak boleh menular begitu pantas.

Terbaharu, sebuah video TikTok oleh @ijat_7253 tular di media sosial dimana memaparkan petugas barisan hadapan yang terkejut dan marah apabila melihat ‘check-in’ pesakit COVID-19 di aplikasi MySejahtera mereka.

Menerusi video tersebut, kelihatan dua orang lelaki yang berjumpa dengan petugas kesihatan di salah sebuah COVID-19 Assessment Centre (CAC) telah dimarahi kerana didapati tidak kuarantin diri tetapi berjalan-jalan tanpa rasa bersalah.

Video tersebut membuatkan netizen berdebat dan ada yang bersetuju cara petugas barisan hadapan memarahi mereka serta ada juga tidak bersetuju. Malah, ada yang mengatakan kemungkinan para pekerja warga asing yang positif COVID-19 itu tidak memahami bahasa Melayu serta apa yang berlaku.

Bukan itu sahaja, para netizen juga meluahkan rasa risau jika lebih ramai yang bersikap begini, maka kes penularan wabak COVID-19 ini tidak akan berjaya dikawal segera.

Untuk makluman, 199 kes kematian COVID-19 dilaporkan semalam termasuk 33 kes Brought-In-Dead (BID). Ini merupakan kes kematian harian tertinggi pernah dilaporkan di Malaysia.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Guna Gambar Solat Aidiladha Di Perlis Untuk Jual Produk, Laman Facebook Ini Cetus Perbalahan Netizen

Doktor Di China Mati Setelah Dijangkiti Wabak Monyet, Gejalanya Hampir Sama Dengan COVID-19

‘Kenapa Perlu Buang?’ – Lelaki Ini Terkejut Lihat Makanan Bantuan Orang Ramai Di Tong Sampah

Anda Mungkin Suka