Jika anda merupakan salah seorang follower hero badminton negara kita, Lee Chong Wei di Instagram pasti anda mengetahui akan keunikan caption yang selalu digunakan beliau setiap kali membuat hantaran disana.

Sebelum ini, Chong Wei pernah membuat hantaran tentang tisu tandas ketika PKP mula-mula dilaksanakan beberapa bulan lalu. Caption-nya yang mengeluh dengan sikap rakyat Malaysia yang berebut-rebut membeli keperluan dapur ketika itu berjaya mencuri perhatian netizen yang membaca.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kali ini, menuju ke pengakhiran PKP fasa keempat, Chong Wei sekali lagi menghiburkan pengikut-pengikutnya di Instagram dengan caption yang dibuatnya ketika membuat ucapan ulang tahun kelahiran buat isteri beliau Wong Mew Choo.

Lee-Chong-Wei-and-wife

Dalam hantarannya di Instagram baru-baru ini, Chong Wei bukan saja mengucapkan selamat hari lahir tetapi turut berkongsi kenangan manis ketika pertama kali bertemu dengan bekas pemain badminton wanita nombor satu negara itu satu ketika dahulu.

Bercerita mengenai detik tersebut, beliau yang ketika itu hadir ke Kuala Lumpur dari Pulau Pinang bagi menghadiri pertandingan badminton seakan hilang arah buat seketika ketika pertama kali bertemu bidadari hidupnya itu.

Menurutnya, persediaan mental, taktikal, keadaan gelanggang dan pesanan motivasi daripada jurulatihnya  hilang dengan begitu sahaja selepas dia melihat kelibat Mew Choo di pertandingan itu.

“Semua persediaan masuk longkang bila dia (Chong Wei) melihat gadis berusia 14 tahun mewakili Selangor.

“Cara dia jalan masok court, stretching, warm up… So elegant, so pretty!

“Lemah terus lutut itu budak Penang,” cerita Chong Wei.

Bercerita lagi, Chong Wei ketika itu berniat untuk meminta nombor telefon gadis yang mencuri perhatiannya itu, namun sedar dia ditemani ayah dan abangnya di tepi gelanggang.

Tanpa berfikir panjang, cara terbaik untuk menarik perhatian crush beliau ketika itu menurutnya adalah dengan mempamerkan aksi terbaik dalam gelanggang.

“Setiap smash, drop, dive, chop yang dilakukan dalam pertandingan itu dilakukan demi mencuri perhatian dia.

“Dan setiap kali score, mata saya akan curi-curi melihat sekeliling dengan harapan dia melihat apa yang saya lakukan di dalam gelanggang,” kongsinya di Instagram.

“Budak mentah itu adalah saya dan bidadari di gelanggang ketika itu adalah isteri saya Wong Mew Choo.

“Selamat hari lahir buat isteri saya, yang melengkapkan definisi saya tentang kesempurnaan,” kongsi Chong Wei di Instagramnya.

Buat anda yang teringin untuk melihat kiriman asal yang dibuat Chong Wei dan mengikuti laman Instagram-nya, berikut adalah pautan kepada ucapan asal yang dibuat beliau kepada Isterinya baru-baru ini.

Buat anda yang terlepas membaca kisah lucu Chong Wei membeli barang dapur sebelum ini, klik pautan di bawah untuk membaca perkongsian yang pernah kami siarkan sebelum ini. 

Kisah Lucu Lee Chong Wei ‘Shopping’ Barang Dapur Buat Netizen Terhibur

Lee Chong Wei Kongsi Kisah ‘Rare’ Bagaimana Badminton Menyatukan Rakyat Malaysia

Lee Chong Wei Letak Jawatan Sebagai Pengarah Bersama Raj’s Banana Leaf