Sehingga ke hari ini, Apple masih kekal menjual peranti iPhone tanpa pengecas bersamanya. Hal ini sekaligus membuatkan beberapa negara di dunia yang tidak bersetuju cara penjualan peranti sebegini.

Terbaharu, Apple dilihat masih tetap berkeras dan meneruskan penjualan iPhone tanpa pengecas di Brazil walaupun sudah diharamkan berbuat sedemikian. Mahkamah Brazil kini memerintahkan Apple membayar denda ganti rugi sosial sebanyak $19 juta (~RM89 juta) kerana tidak memasukkan pengecas dalam kotak pembelian iPhone.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber Gambar: Online Shop

Mahkamah negeri Sao Paulo turut mengarahkan Apple untuk menyertakan pengecas bagi setiap penjualan iPhone di Brazil. Sementara itu, Apple dikatakan bakal membuat rayuan bagi keputusan itu yang mana sudah dilakukan seperti sebelum ini.

Sementara itu, terdapat laporan daripada media Brazil yang mengatakan Apple dijangka akan kembali menjual iPhone bersama pengecas dan menyediakan pengecas kepada semua rakyat Brazil yang membeli produk mereka selepas 13 Oktober 2020 lalu.

Namun, Apple masih kekal menawarkan iPhone yang dibeli tanpa pengecas di dalam kotaknya. Sudah beberapa kali mahkamah Brazil menfailkan saman terhadap Apple sebelum ini tetapi sepertinya syarikat gergasi itu tidak mengendahkan tekanan tersebut.