“Menurut World Health Organisation, lebih daripada 1 billion orang cacat di dunia ini. Dan 1% populasi dunia berkerusi roda.

Angka 1% itu kelihatan kecil bagi sesetengah pihak. Hakikatnya, lebih 65 juta orang di dunia ini perlu menggunakan kerusi roda untuk bergerak.” – petikan artikel Diyana AR di Vocket.

Pendekar roda, mereka tak ramai tapi mereka ada di sekeliling kita. Bagi yang tertanya-tanya mengapa mereka bergerak menggunakan kerusi roda manual (atau automatik), begini kisahnya.

https://www.instagram.com/p/BeiEEWkn5gn/

Dalam badan kita ada saraf tunjang yang bertindak seperti highway yang memberikan ‘jalan’ kepada otak untuk menyampaikan maklumat kepada anggota badan seperti tangan dan kaki.

Saraf utama ini berada di dalam tulang belakang kita. Jika highway itu terputus, terpotong atau ‘terkeluar dari landasan’ kerana kecederaan, maka maklumat tidak dapat disampaikan kepada anggota tersebut.

Otak beri isyarat untuk berjalan tetapi tersekat di pertengahan jalan kerana highway tersebut telah rosak akibat kecederaan.

Antara perkara yang menyebabkan kecederaan saraf tunjang (Spinal Cord Injury/SCI) adalah:

1. Kecederaan traumatik
Ia berlaku disebabkan oleh kemalangan seperti jatuh dari tempat tinggi, kemalangan melibatkan kenderaan, sukan dan rekreasi seperti paragliding, bungee jumping dan sukan ekstrim serta jenayah seperti tikaman, tusukan atau tembakan di bahagian belakang badan.

2. Kecederaan bukan traumatik
Kecederaan ini berpunca daripada penyakit. Contoh Spinal Tuberculosis, degenerative diseases, Multiple Sclerosis, Syringomellia, dan ketumbuhan atau tumor.

Kecederaan pula ada tahapnya, sama ada kecederaan penuh (complete injury) atau kecederaan tidak penuh (incomplete). Inilah yang menentukan sama ada mereka boleh berjalan kembali atau tidak.

Apa-apa pun miracle do happen, ‘kun fayakun’, sama-sama kita doa supaya mereka diberikan kesembuhan.

kerusi roda
Kagum. Seorang wanita dan berumur. Tapi naik bukit tanpa bantuan sesiapa.

Mereka yang mengalami kecederaan di leher akan lumpuh di tangan dan kaki (teraplegia/quadriplegia), manakala kecederaan di paras pinggang ke bawah akan mengalami kelumpuhan di bahagian kaki.

Kalau nak diceritakan memang panjang perihal ini. Cukuplah masyarakat di luar sana tahu bahawa ‘Pendekar Roda’ itu wujud, cuma kadang-kala mereka jarang munculkan diri atas beberapa sebab.

Yalah, bukan senang nak guna kerusi roda di kawasan persekitaran yang tidak berapa mesra kepada mereka. Nak kayuh pun kena gunakan kekuatan tangan dan stamina.

Itu belum lagi skill atau kemahiran yang diperlukan untuk mengatasi tangga dan bonggol, buka dan tutup pintu dan cara masuk dan keluarkan kerusi roda ke dalam kereta dengan pantas. Tak semua kerusi roda itu ringan dan muat!

kerusi roda 4
Aktiviti eksplorasi Bandar Melaka

Kebanyakkan mereka yang mengalami kecederaan adalah golongan muda dan pertengahan yang mengalaminya akibat kemalangan atau jatuh ketika sedang bekerja, bersukan atau sebagainya.

Bukan senang nak teruskan hidup bertahun-tahun di atas kerusi roda. Mereka pernah melalui saat-saat sukar dalam hidup. Ada juga dikalangan mereka mengalami kemurungan (depression).

“Sebab tu aku cakap yang kau tak payah nak ‘acah-acah’ depression sebab kau tak layak pun nak depressed kalau banding dengan orang SCI… If you know what I mean.”

Apapun semoga Pendekar Roda terus tabah dan kuat untuk melalui saat-saat dalam kehidupan. Semoga kita lebih memahami dan menghormati mereka.

Tidak perlu ada diskriminasi terhadap mereka dan tidak perlu curi parking OKU! Anda bukan orang yang penting diri, bumi ini kita kongsi sama-sama.

Wheel warrior, wheelchair no barrier.

Ilmu dari Tuhan tangan untuk insan,

Cikgu Hafi
Ahli fisioterapi