Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Berkhatan adalah satu ‘acara’ yang tidak dapat dielakkan bagi kanak-kanak beragama Islam khususnya. Acara berkhatan yang dijalankan setiap tahun tidak kurang juga meriahnya. Ada kanak-kanak yang berkhatan secara berkumpulan, ada yang berkhatan secara individu di klinik yang menawarkan servis ini.

Cara untuk berkhatan juga sudah berlainan ketika ini. Jika dahulunya kita cuma berserah kepada pisau tajam tok mudim, kini sudah ada pula cara potongan dengan laser. Cuma baru-baru ini, ada kes yang tidak begitu menarik untuk didengar iaitu apabila sebahagian kepala kemaluan terpotong ketika berkhatan menggunakan kaedah laser ini.

khatan

Sebenarnya perkara seperti ini dapat dielakkan. Mungkin ralat berlaku kerana standard operation procedure (SOP) yang betul tidak diikuti. Tetapi terdapat satu kaedah yang mungkin ramai ibu bapa yang tidak tahu di mana terdapat satu kaedah berkhatan yang kurang menyakitkan dan selamat. Prosesnya pun cuma ambil masa kurang dari 10 minit.

Nampak seperti too good to be true bukan? Tetapi kaedah ini memang wujud. Ismail Clamp adalah produk untuk berkhatan yang sudah wujud sejak tahun 2006 lagi. Produk ini dihasilkan sendiri oleh Dr. Ismail yang ingin menjadikan proses berkhatan bukan lagi satu mimpi ngeri buat kanak-kanak.

Dr. Ismail Md Salleh adalah pengasas untuk produk Ismail Clamp ini. Dr. Ismail mendapat pendidikan tinggi di Univerisiti Malaya bagi jurusan Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan pada tahun 1984. Beliau kemudiannya berkhidmat selama beberapa tahun dalam angkatan tentera sebagai pegawai perubatan sebelum membuka Klinik Suria sekitar tahun 1994.

D ismail 2

Dr. Ismail Md Salleh, Graduan Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan, Universiti Malaya

Tercetusnya idea untuk mencipta clamp ini adalah apabila ibu bapa bertanya kepada Dr. Ismail proses berkhatan yang kurang menyakitkan untuk anak-anak mereka. Selepas kerap menerima pertanyaan seperti ini, Dr. Ismail mula membuat penyelidikan yang teliti untuk mencipta clamp yang terbaik untuk proses berkhatan.

Sepanjang 7 tahun dari 1998-2005, beliau mengkaji dan mengambil pendekatan pelbagai kaedah berkhatan dari seluruh dunia termasuk menghantar penyelidikannya ke Eropah. Secara rasmi membuka syarikat DRIMS Trading Sdn Bhd pada April 2006 yang menjadi pengeluar tunggal bagi Produk Ismail clamp di pasaran.

Melalui penyelidikan yang teliti, Dr. Ismail berjaya mencipta satu alat yang sangat praktikal serta memudahkan lagi proses berkhatan. Setelah beberapa tahun beroperasi, rekaan Ismail Clamp juga telah berevolusi dan rekaan terkini Ismail Clamp adalah yang terbaik dan sudah pun dipatenkan untuk menembusi pasaran luar.

Ismail Clamp Pictures

Rekaan terkini clamp dari Ismail Clamp yang berkualiti

Kelebihan berkhatan menggunakan clamp ini pertamanya adalah faktor masa. Proses berkhatan menggunakan Ismail Clamp ini hanya mengambil masa 5-10 minit sahaja. Berbeza dengan proses berkhatan traditional yang mengambil masa lebih 20 minit untuk setiap pesakit.

Keduanya, satu lagi kelebihan berkhatan menggunakan clamp adalah pendarahan ketika proses berkhatan adalah pada kadar yang sangat minima. Apabila kurang pendarahan, trauma anak pun akan berkurangan dan anak pun akan lebih relaks ketika proses berkhatan berlangsung.

Cara penggunaannya juga mudah. Zakar anak yang akan berkhatan akan diukur terlebih dahulu untuk menentukan saiz clamp yang sesuai dipakai. Kaedah seterusnya ialah kulit di bahagian luar zakar akan diikat pada clamp ini dan hirisan akan dibuat hanya pada bahagian luar kulit ini. Untuk melihat dengan lebih kaedah sunatan menggunakan clamp ini, sila tekan di sini.

Clamp

Saiz clamp yang ditawarkan

Ismail Clamp Pictures 1

Ismail Clamp Pictures 2

Insiden seperti terhiris bahagian lain pada zakar dapat dielakkan kerana hanya bahagian kulit luar yang akan dihiris. Lebih baik adalah tiada jahitan yang diperlukan. Clamp ini akan dibiarkan selama seminggu supaya zakar pulih sepenuhnya.

Daripada segi rekabentuk Clamp pula, ianya jauh lebih baik berbanding clamp lain yang ada di pasaran dan jika anda lihat clamp ini di depan mata sendiri, anda sendiri akan yakin dengan kualiti dan keselamatannya. Jika perlu dibandingkan dengan kaedah selain Clamp, berkhatan dengan kaedah Ismail Clamp jauh lebih mudah dan nampak kurang menakutkan.

Selain ianya selamat, kurang pendarahan dan tidak memerlukan jahitan, proses berkhatan ini yang cuma berlangsung selama 5-10 minit pastinya tidak memenatkan para doktor yang bertugas. Lebih-lebih lagi jika doktor perlu bertugas untuk majlis berkhatan secara beramai-ramai contohnya.

Seronoknya anak-anak yang berkhatan dengan cara ini boleh memakai seluar seperti biasa tanpa perlu risau tentang luka berkhatan mereka. Cuma janganlah mereka bermain sukan lasak sepanjang tempoh penyembuhan.

khatan baby

Ismail Clamp turut menyediakan saiz untuk bayi

Ismail Clamp juga hadir dengan saiz untuk bayi dan kanak-kanak di bawah usia 5 tahun kerana adanya permintaan untuk bersunat pada usia ini. Cumanya mungkin mind set masyarakat kita yang menganggap bersunat lebih sesuai untuk anak-anak apabila mereka mencecah usia sekolah rendah. Namun, keistimewaan bersunat ketika bayi atau ketika anak masih kecil adalah mereka tidak akan ingat yang proses bersunat dan tempoh untuk recovery juga lebih cepat.

Di sini saya gabungkan kebaikan Ismail Clamp dalam satu perenggan. Keindahan berkhatan menggunakan Ismail Clamp adalah proses sunatan cuma ambil masa antara 5-10 minit, clamp yag berkualiti tinggi, tidak memerlukan jahitan, bekas hirisan juga lebih ‘cantik’, tidak menyakitkan, mengurangkan trauma pada anak dan yang paling penting, selamat serta dapat mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Proses berkhatan menggunakan Ismail Clamp terbukti selamat dan sudah giat digunakan di selatan tanah air. Misi utama Ismail Clamp adalah untuk menjadi peneraju harga terendah bagi peranti perubatan (alat berkhatan) di Malaysia. Justeru itu, dengan harga RM35-RM40 (bergantung kepada saiz), ianya satu pelaburan terbaik untuk anak anda.

Kini pihak Ismail Clamp sedang membuat promosi untuk menggalakkan lebih ramai anak-anak berkhatan menggunakan kaedah clamp ini. Ismail Clamp menawarkan harga berpatutan serendah RM30/piece untuk setiap saiz clamp; harga termurah jika perlu dibandingkan dengan harga clamp lain yang ada di pasaran ketika ini.

Berkhatan cuma sekali seumur hidup. Ini adalah kaedah berkhatan yang terbaik ditambah lagi dengan keselesaan yang bakal anak anda dapat sepanjang tempoh penyembuhan. Untuk bertanya bagaimana mendapatkan produk Ismail clamp di pasaran boleh klik di sini dan untuk sebarang pertanyaan lanjut atau ingin membuat pesanan produk, boleh dibuat melalui email [email protected] atau WhatsApp +6012-8222142.